Malaysia bakal menjadi tumpuan peminat sukan apabila acara antarabangsa JOOLA Titans Tour 2026 akan berlangsung di Kuala Lumpur pada 7 hingga 8 April ini. Acara dua hari ini dijangka menghimpunkan barisan pemain pickleball bertaraf dunia termasuk legenda tenis Andre Agassi dan pemain nombor satu dunia, Ben Johns.
Acara yang dinanti-nantikan ini akan diadakan di Stadium Juara, Mont Kiara, dengan jualan tiket bermula 20 Mac melalui Ticket2U pada harga bermula RM169.
Gabungan Aksi Sukan dan Hiburan Bertaraf Dunia
JOOLA Titans Tour bukan sekadar perlawanan pameran, tetapi turut menawarkan pengalaman festival lengkap kepada pengunjung. Selain aksi di gelanggang, acara ini akan memuncak dengan perlawanan istimewa antara Team Agassi dan Team Ben Johns di aras 118 Menara Merdeka 118 menjadikannya perlawanan pickleball tertinggi pernah diadakan di Malaysia.
Lebih menarik, orang ramai juga boleh menyaksikan pertunjukan cahaya, dron dan piroteknik yang bakal menerangi langit Kuala Lumpur pada malam tersebut.
Barisan Atlet Bertaraf Antarabangsa

JOOLA Titans Tour 2026 menghimpunkan nama besar dunia seperti legenda tenis Andre Agassi dan pemain nombor satu dunia, Ben Johns. Turut beraksi ialah Anna Bright, Federico Staksrud serta bekas pemain nombor satu, Tyson McGuffin, bersama pemain lain seperti Collin Johns, Len Yang, Brooke Buckner dan Kate Fahey.
Turut serta ialah pemain Asia-Pasifik termasuk Kenta Miyoshi, Andie Dikosavljevic, Ken Tam dan Aiko Yoshitomi, sekali gus mengetengahkan bakat serantau yang semakin berkembang dalam sukan ini.
Aktiviti Komuniti dan Latihan Percuma
Pada 8 April, fokus acara akan beralih kepada pembangunan komuniti apabila pemain profesional akan turun padang ke beberapa gelanggang sekitar Lembah Klang.
Pengunjung berpeluang:
- Bertemu pemain antarabangsa
- Menyertai sesi latihan percuma
- Meningkatkan kemahiran melalui bengkel kendalian RacketPro
Program ini turut melibatkan kelab pickleball universiti bagi menarik lebih ramai golongan muda menyertai sukan ini.
Harga Tiket dan Maklumat Penting

Bagi yang berminat untuk menyaksikan aksi bertaraf dunia ini secara langsung, tiket JOOLA Titans Tour 2026 akan mula dijual pada 20 Mac 2026 melalui platform rasmi Ticket2U.
Tiket ditawarkan dalam beberapa kategori, iaitu:
| Pro Section | RM185.90* |
|
| Super Fan Section | RM218.90* |
|
| Titans VIP Section | RM495* |
|
*Harga tertakluk kepada caj tambahan seperti RM4 caj tiket, 5% caj pengendalian dan 8% SST.
Kanak-kanak bawah 6 tahun tidak dibenarkan masuk, manakala mereka berumur 6 hingga 15 tahun perlu ditemani orang dewasa.
Malaysia Jadi Tumpuan Asia
Selepas Kuala Lumpur, jelajah ini akan diteruskan ke Beijing, sekali gus meletakkan Malaysia sebagai antara lokasi penting dalam perkembangan pickleball di rantau Asia.
Dengan gabungan aksi sukan bertaraf dunia, hiburan visual dan aktiviti komuniti, JOOLA Titans Tour 2026 dijangka menjadi acara wajib hadir bagi peminat sukan dan gaya hidup aktif di Malaysia.
Untuk maklumat lanjut, ikuti laman media sosial rasmi JOOLA di Facebook (JOOLA Pickleball) dan Instagram (@joolaapac.pb).
Nak dapatkan maklumat berita, promosi atau tips & tricks dengan lebih pantas? Ikuti Hrga.MY di kesemua platform media sosial rasmi kami di bawah!

F1 Sah Kembali ke Malaysia, Litar Sepang Dipilih Sebagai Tuan Rumah Grand Prix Bahrain 2026
F1 Berpotensi Kembali ke Sepang Sebagai Perlumbaan Ganti Susulan Konflik Di Timur Tengah
Tirai Sukan Komanwel Glasgow 2026 Dibuka Secara Rasmi, 59 Atlet Galas Cabaran Malaysia
CelcomDigi Raikan 20 Juta Pelanggan Menerusi Mega Gegar 20 Juta – Hadiah RM20 Juta Menanti!
Japan Expo Malaysia 2026 Satukan Budaya, Pelancongan Dan Hiburan Jepun Di KLCC
Run For Tigers 2026: Sertai Larian 5KM dan 10KM Sambil Membantu Usaha Pemuliharaan Harimau Malaya