Bayar RM35, Dapat Nilai RM75? Tune Talk Ubah Pelan Prabayar, Fokus Nilai Sebenar Daripada Kuota Data
Industri telco prabayar di Malaysia sering berlumba-lumba menawarkan angka GB lebih besar pada harga lebih rendah. Namun, ianya berbeza bagi Tune Talk yang mengumumkan langkah strategik baharu dengan memposisikan semula pelan prabayarnya, bukan lagi sekadar perbandingan “GB-per-ringgit”, tetapi nilai keseluruhan yang diterima pelanggan setiap bulan.
Pendekatan ini bertujuan mengubah persepsi bahawa bil telco hanyalah caj sambungan internet, sebaliknya menjadi satu “value bundle” yang memberi manfaat gaya hidup dan perlindungan tambahan.
Lebih Daripada Data: Konsep ‘Value-Back’

Tune Talk memperkenalkan konsep value-back, iaitu jumlah nilai manfaat yang melebihi bayaran bulanan pelanggan.
1. EPIK+ 35 (RM35/bulan)
Antara yang ditawarkan:
- 150GB Ultra-Fast 5G sepanjang hari
- Kelajuan tanpa had sehingga 900Mbps (tiada FUP)
- Panggilan & hotspot tanpa had
- Akses Eksklusif Games & Dramas (RM30)
- Pengaktifan eSIM percuma (RM10)
- Insurans Kemalangan Diri sehingga RM100,000 (RM10)
Jumlah nilai keseluruhan: RM75/sebulan (Value-back: RM40)
2. EPIK+ 50 (RM50/bulan)
Pelan ini pula menawarkan:
- 350GB Ultra-Fast 5G sepanjang hari
- Kelajuan tanpa had sehingga 900Mbps (tiada FUP)
- Panggilan & hotspot tanpa had
- Akses Eksklusif Games & Dramas (RM30)
- Pengaktifan eSIM percuma (RM10)
- Langganan foodpanda Pandapro (RM6.90)
- Insurans Kemalangan Diri sehingga RM150,000 (RM15)
Jumlah nilai keseluruhan: RM102/sebulan (Value-back: RM52)
Ubah Landskap Telco: Bukan Sekadar Angka GB
Menurut Gurtaj Singh Padda, Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Tune Talk, industri telco terlalu lama memfokuskan kepada angka data yang besar, tetapi tidak semestinya memberi pengalaman sebenar yang lebih baik kepada pengguna.
Dengan EPIK+, pengguna bukan sahaja mendapat kelajuan penuh tanpa ‘hidden throttling’, malah menikmati manfaat gaya hidup dan perlindungan yang membantu menjimatkan perbelanjaan bulanan lain.
Langkah ini dilihat sebagai pivot strategik daripada “data inflation” kepada “value absorption” di mana bil telco membantu mengimbangi kos lain yang biasanya ditanggung pengguna.
Untuk maklumat lanjut mengenai pelan EPIK+ dan tawaran terkini, layari laman web rasmi Tune Talk atau ikuti media sosial mereka di Facebook (Tune Talk) dan Instagram (@tunetalk).
Nak dapatkan maklumat promosi atau tips & tricks dengan lebih pantas? Ikuti Hrga.MY di kesemua platform media sosial rasmi kami di bawah!
