June 10, 2026

Mohon iPhone Dengan DirectD, Peluang Bawa Pulang Y Suku Serta Hadiah Keseluruhan RM200,000!

DirectD-Mohon-iPhone-Menang-YSuku

Sempena sambutan Tahun Baru Cina dan Hari Raya yang bakal menjelang, DirectD tampil dengan kempen istimewa bertemakan “Mohon iPhone, Menang Y Suku” yang menawarkan peluang memenangi hadiah keseluruhan bernilai sehingga RM200,000! Lebih menarik, hadiah utama yang menjadi rebutan ramai ialah sebuah Yamaha Y15 untuk seorang pemenang bertuah.

Melalui pelan #PakaiDuluByDirectD, pelanggan hanya perlu memohon iPhone dan melengkapkan pembelian sehingga proses pengambilan (collection) peranti untuk layak secara automatik menyertai cabutan bertuah eksklusif ini.

Cara Penyertaan Cabutan Bertuah

Mekanisme kempen ini sangat mudah dan terbuka kepada pelanggan yang membuat permohonan sepanjang tempoh promosi.

Jumlah Tiket Penyertaan Mengikut Pakej:

  • Standard Package – 1 tiket penyertaan
  • Standard + Extended Warranty – 2 tiket penyertaan
  • Standard + Screen Crack Protection – 2 tiket penyertaan
  • Full Set Package (Peranti + Pakej Tambahan) – 2 tiket penyertaan

Ringkasnya, pembelian peranti sahaja melayakkan anda menerima 1 penyertaan, manakala pembelian peranti bersama pakej tambahan memberi anda 2 penyertaan, sekali gus menggandakan peluang untuk menang!

Tempoh Promosi dan Syarat Penting

Tempoh Kempen:
1 Januari 2026 hingga 10 Mac 2026

Tarikh Akhir Pengambilan Peranti:
Selewat-lewatnya pada 15 Mac 2026

Antara syarat utama yang perlu diambil perhatian:

  • Permohonan mesti dibuat sebelum atau pada 10 Mac 2026.
  • Peranti mesti diambil (collection completed) sebelum atau pada 15 Mac 2026 untuk melayakkan penyertaan.
  • Cabutan bertuah terbuka kepada pelanggan yang lulus permohonan sepanjang tempoh kempen.
  • Pemenang akan diumumkan secara live (tarikh dan lokasi akan dimaklumkan kemudian).
  • Segala keputusan daripada pihak DirectD adalah muktamad.

Peluang Menang Motor dan Hadiah Lumayan!

Dengan jumlah hadiah sehingga RM200,000, kempen ini merupakan peluang terbaik untuk anda memiliki iPhone baharu sambil berpeluang membawa pulang motosikal Yamaha Y15 dan pelbagai hadiah menarik lain.

Jika anda memang merancang untuk naik taraf telefon, inilah masa paling sesuai untuk bertindak. Lagi banyak pakej tambahan dipilih, lagi tinggi peluang anda untuk menang!

Jangan lepaskan peluang keemasan ini. Mohon iPhone anda sekarang melalui #PakaiDuluByDirectD dan sertai cabutan bertuah eksklusif ini sebelum 10 Mac 2026!

Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi atau media sosial DirectD hari ini.


Nak dapatkan maklumat promosi atau tips & tricks dengan lebih pantas? Ikuti Hrga.MY di kesemua platform media sosial rasmi kami di bawah! 👇🏻

Facebook | Instagram | TikTok | X.com | Threads | Whatsapp