MR D.I.Y. Lancar Koleksi Hadiah Istimewa Dengan Harga Bermula RM1.90
Sempena musim kasih sayang, MR D.I.Y. tampil dengan koleksi yang menawarkan pelbagai pilihan hadiah comel pada harga mesra bajet. Dengan harga bermula serendah RM3.90, anda boleh mendapatkan cenderahati istimewa tanpa perlu berbelanja besar.
Sesuai untuk pasangan, sahabat atau sesiapa sahaja yang ingin diraikan, koleksi ini menampilkan gabungan item klasik dan moden bertemakan cinta.
Plush Toy, Mug dan Bunga Hiasan Jadi Tarikan

Antara produk utama yang mencuri perhatian termasuk:
- Bunga hiasan (29 x 5cm) – RM1.90 setiap satu
- Plush Toy (23cm) – RM10.90 setiap satu
- Mug 330ml – RM7.50 setiap satu
Selain itu, terdapat juga pilihan mug, kotak hadiah bunga dan dekorasi mini yang sesuai dijadikan kejutan ringkas tetapi bermakna, bermula pada harga RM2.30 sahaja.
Pilihan Hadiah Bajet dan Praktikal
Bagi yang mencari hadiah ringkas tetapi menarik, mug bercorak hati dan plush toy dengan mesej “I Love You” pastinya menjadi pilihan popular. Rekaan warna merah jambu dan merah yang sinonim dengan cinta menambah lagi aura romantik.
Dengan harga mampu milik, koleksi ini sesuai untuk pasangan yang sudah berkahwin, kawan baik atau sesiapa yang ingin memberi tanda ingatan tanpa perlu berbelanja besar. Koleksi ini tersedia di cawangan MR D.I.Y. terpilih sementara stok masih ada.
Untuk maklumat lanjut dan lokasi cawangan, layari laman web rasmi atau media sosial rasmi MR D.I.Y. di Facebook. Jangan tunggu saat akhir untuk dapatkan hadiah istimewa anda!
Nak dapatkan maklumat promosi atau tips & tricks dengan lebih pantas? Ikuti Hrga.MY di kesemua platform media sosial rasmi kami di bawah!
