Kerajaan mula menyalurkan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) untuk Semua kepada rakyat Malaysia dewasa berkuat kuasa mulai 9 Februari 2026, seperti diumumkan oleh Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
Dengan peruntukan sebanyak RM2.2 bilion, inisiatif ini memberi manfaat kepada lebih 22 juta pemegang MyKad warganegara Malaysia dewasa melalui kredit one-off RM100 yang sah digunakan sehingga 31 Disember 2026 bagi pembelian barangan keperluan asas terpilih.

Melalui SARA untuk Semua, setiap individu dewasa layak menerima bantuan secara berasingan, sekali gus membolehkan isi rumah menerima bantuan berganda. Sebagai contoh, sebuah keluarga yang terdiri daripada suami, isteri dan dua orang anak berumur 18 tahun ke atas akan menerima RM400 kredit SARA untuk Semua secara keseluruhan, tidak termasuk bantuan SARA Bulanan sekiranya berkelayakan.
Mengambil kira maklum balas rakyat, Kerajaan MADANI turut memperkenalkan beberapa penambahbaikan bagi meningkatkan kemudahan penggunaan. Antaranya ialah peluasan kategori barangan SARA untuk merangkumi makanan sejuk beku (frozen food). Penambahan ini menjadikan jumlah keseluruhan 15 kategori barangan asas, melibatkan kira-kira 140,000 jenis barangan yang layak dibeli menggunakan kredit SARA.

Selain itu, Kerajaan menyasarkan untuk meningkatkan penyertaan kedai runcit kecil sebagai Rakan Niaga SARA kepada 10,000 kedai menjelang hujung 2026, serta mengurangkan jarak kedai terdekat daripada 10 kilometer kepada 7 kilometer bagi memudahkan akses orang ramai.
Orang ramai boleh menyemak status pengkreditan dan maklumat lanjut melalui portal rasmi SARA. Kementerian Kewangan turut mengingatkan rakyat agar berwaspada terhadap pautan palsu dan tidak berkongsi maklumat peribadi melalui SMS atau WhatsApp.
Nak dapatkan maklumat promosi atau tips & tricks dengan lebih pantas? Ikuti Hrga.MY di kesemua platform media sosial rasmi kami di bawah!

Netflix Naikkan Harga Langganan di Malaysia, Kini RM19.90 hingga RM69.90 Sebulan
Harga Minyak 10–16 September 2026: RON97, RON95 dan Diesel Melonjak 25 Sen, Brent Cecah AS$97.31
Harga Minyak 3–9 September 2026: RON97, RON95 dan Diesel Turun 5 Sen, Had BUDI Dinaikkan Ke 300 Liter
Permohonan Sukarelawan Formula 1 di Sepang Dibuka dengan 500 Kekosongan untuk Diisi
Program AI Untuk Rakyat Bakal Perkasa 100,000 Belia dengan Akses Teknologi AI Percuma
Yobe Malaysia Lancar Konsep Baharu Yobe Crafted, Tawar Koleksi Eksklusif untuk Peminat ALPHA