HONOR Magic8 Pro Kini Di Malaysia – Flagship Hebat dengan Hadiah Percuma Bernilai RM3,090!
HONOR secara rasmi melancarkan HONOR Magic8 Pro di Malaysia, membawa pelbagai peningkatan dalam aspek kamera, prestasi, paparan dan ketahanan. Telefon pintar flagship ini ditawarkan pada harga bermula RM4,599, dengan spesifikasi terkini yang mengekalkan nilai terbaik dalam kelasnya.
Ciri-Ciri Utama HONOR Magic8 Pro
Kamera dan Paparan Bertaraf Flagship
HONOR Magic8 Pro menggunakan sistem kamera 200MP Ultra Malam yang mampu merakam gambar dengan resolusi yang tinggi walaupun dalam cahaya rendah. Ia juga dilengkapi dengan teknologi penstabil imej dan AI untuk potret berkualiti tinggi. Paparan skrin pula sangat terang (sehingga 6,000 nits) dan mesra penglihatan, dengan teknologi seperti PWM Dimming dan AI Circadian Night Display.
Bateri Besar dan Prestasi Hebat
Dengan bateri 7100mAh dan pengecasan pantas 100W, serta sokongan pengecasan tanpa wayar 80W – Magic8 Pro menawarkan jangka hayat penggunaan yang lama dan efisien. Ia turut dikuasakan oleh cip Snapdragon 8 Gen 5, menjadikan prestasi peranti lebih pantas dan responsif, sesuai untuk penggunaan harian dan gaming.
Sambungan Stabil dan Reka Bentuk Tahan Lasak
HONOR Magic8 Pro dilengkapi sistem antena dan cip isyarat yang memastikan sambungan rangkaian dan Wi-Fi kekal stabil, walaupun di kawasan liputan lemah. Reka bentuknya juga tahan lasak – menggunakan kaca NanoCrystal dan penarafan IP68 serta IP69K yang menjadikannya kalis air, habuk dan semburan tekanan tinggi.
Harga dan Varian
HONOR Magic8 Pro tersedia dalam tiga pilihan warna: Sunrise Gold, Sky Cyan dan Black, dengan dua varian:
- 12GB + 512GB – RM4,599
- 16GB + 1TB – RM5,199
Peranti ini mula dijual secara rasmi di seluruh negara mulai 5 Disember 2025.

Sempena pelancaran, HONOR juga menawarkan hadiah percuma bernilai RM3,090 kepada pelanggan yang membuat pra-tempahan sebelum 4 Disember 2025. Hadiah termasuk kamera aksi Insta360 Ace Pro, waranti lanjutan, perlindungan skrin selama 365 hari dan akses ke Google AI Pro selama 3 bulan. Tambahan pula, pembeli akan menikmati rebat tunai RM300!
Pra-tempahan boleh dibuat di kedai fizikal HONOR, serta platform e-dagang seperti Shopee, Lazada dan TikTok Shop. Untuk maklumat lanjut tentang pra-tempahan, sila layari laman rasmi HONOR di www.honor.com/my.
Nak dapatkan maklumat promosi atau tips & tricks dengan lebih pantas? Ikuti Hrga.MY di kesemua platform media sosial rasmi kami di bawah!


