KONAMI Digital Entertainment Limited secara rasminya melancarkan kempen eksklusif “Jom ke Manchester United!”, eksklusif untuk rakyat Malaysia melalui permainan eFootball™. Kempen ini menawarkan peluang sekali seumur hidup untuk memenangi perjalanan VIP ke Old Trafford, stadium kelab gergasi England, Manchester United — lengkap dengan semua perbelanjaan ditanggung.

Kempen ini turut disokong oleh Safee Sali, lagenda bola sepak negara dan Duta eFootball™ Malaysia, yang pernah bermain di Old Trafford awal tahun ini. “Hebat bila peminat Malaysia kini berpeluang merasai tenaga yang sama — semuanya melalui eFootball™. Kempen ini membuktikan bola sepak menyatukan orang, sama ada di padang atau dalam permainan.” – katanya.
Menang Trip Impian dengan eFootball™

Kempen ini terbuka kepada semua rakyat Malaysia, tidak kira anda peminat bola sepak tegar mahupun gamer kasual. Selain hadiah utama, peserta juga berpeluang memenangi barangan rasmi Manchester United yang ditandatangani oleh pemain dan syiling eFootball™.
Untuk menyertai, pemain hanya perlu:
- Main perlawanan Friend Match dengan rakan anda di eFootball™ (Mobile).
- Hantar penyertaan di www.jomefootball.my bersama butiran anda dan tangkapan skrin perlawanan.
- Tunggu — anda mungkin menjadi pasangan yang terbang ke Manchester!
Jangan lepaskan peluang luar biasa ini. Sertai kempen “Jom ke Manchester United!”, buktikan kehebatan anda dalam eFootball™, dan mungkin anda yang akan terbang ke Old Trafford.
Tempoh Kempen
Kempen akan berlangsung sehingga 18 Disember 2025, dengan pemenang akan diumumkan pada hujung tahun 2025. Untuk terma dan syarat penuh serta butiran penyertaan — sila layari www.jomefootball.my atau ikuti @jom.efootball di Instagram.
Nak dapatkan maklumat promosi atau tips & tricks dengan lebih pantas? Ikuti Hrga.MY di kesemua platform media sosial rasmi kami di bawah!

BMAI Perkenal Kasut Larian GCARBON TURBO 4 di Malaysia, Gabungkan Plat Karbon T1000 dan Foam BoomMAX Evonik
Jangan Terburu-Buru Beli Kereta, Semak 6 Perkara Ini Sebelum Membuat Keputusan
HOKA Luaskan Kehadiran di Malaysia dengan Kedai Baharu di Pavilion Kuala Lumpur
Siri REDMI Note 17 Rasmi di Malaysia, Diterajui Note 17 Pro Max 5G dengan Bateri 10,000mAh
Selangor Umum Cuti Peristiwa 1 September Sempena Kejayaan Juara Keseluruhan SUKMA 2026
5 Taman Pilihan di Kuala Lumpur Untuk Jogging dan Latihan Larian