KLSSF 2025: Festival Seni, Budaya & Sains Untuk Semua Peringkat Umur – Masuk Percuma!
Tak tahu nak ke mana hujung minggu ni? Jom ke KL Seni & STEM Festival 2025 (KLSSF 2025)! Dibawakan oleh Dewan Filharmonik PETRONAS dan Petrosains, festival ini menggabungkan seni, budaya, dan sains dalam suasana santai, meriah, dan menyeronokkan untuk semua peringkat umur.
Anda boleh menikmati pelbagai jenis makanan, sertai bengkel kreatif, dan saksikan persembahan live sepanjang festival dari 21 hingga 23 November 2025 di Taman KLCC — dan yang paling penting, masuk adalah PERCUMA!
Apa Yang Menarik di KLSSF 2025?
Acara sepanjang hari dipenuhi dengan pelbagai aktiviti budaya dan hiburan:
- Persembahan Budaya & Muzik Tradisional
- Aktiviti STEM & Sains Interaktif
- Bengkel Kreatif & Ruang Kanak-Kanak
- Pasar Kraftangan Tempatan
- Makanan & Minuman Tempatan
Festival ini penuh dengan pelbagai aktiviti dari pagi hingga malam — sesuai untuk keluarga, anak muda, pelajar, atau sesiapa sahaja yang ingin merasai sendiri gabungan seni, budaya, dan sains dalam suasana terbuka yang menyeronokkan.
Butiran Acara
Tarikh: 21 November 2025 hingga 23 November 2025
Masa: 10:00 pagi – 10:00 malam
Tempat: Taman KLCC
Kemasukan: Percuma
KLSSF 2025 bukan sekadar hiburan. Ia adalah peluang untuk kita mengenali budaya, serlahkan kreativiti dan pupuk rasa ingin tahu sambil berseronok bersama yang tersayang.
Layari maklumat lanjut di media sosial Facebook Dewan Filharmonik PETRONAS dan Petrosains.
Nak dapatkan maklumat promosi atau tips & tricks dengan lebih pantas? Ikuti Hrga.MY di kesemua platform media sosial rasmi kami di bawah!
Facebook | Instagram | TikTok | X.com | Threads | Whatsapp





