May 1, 2026

7 Kedai Kopi Mesra Bajet Pilihan Rakyat Malaysia

7 kedai kopi Bajet

Perhatian kepada kaki ngopi! Kalau anda jenis yang tak boleh hidup tanpa secawan kopi tapi masih nak jaga bajet, senarai ini untuk anda. Kami kumpulkan 7 port ngopi yang menawarkan kopi pada harga mesra poket, tapi rasanya tetap padu!

Daripada kopi lokal sampai ke antarabangsa, jom singgah di kedai-kedai ini untuk menikmati kopi premium pada harga minimum.

1. ZUS Coffee

Kredit Gambar: Sungei Wang Plaza

Kedai kopi trending yang ramai suka sebab rasa sedap dan harga tak cekik darah. Menu bestseller termasuk Spanish Latte, Vietnamese Spanish Latte dan Black Sugar Latte. Harga bermula sekitar RM6.90 – RM12.90.

Maklumat lanjut: Facebook ZUS Coffee atau layari laman web rasmi mereka.

2. Luckin Coffee

Kredit Gambar: IOI Mall Puchong

Jenama dari China yang baru masuk Malaysia tapi terus trending sebab harga murah dan rasa premium. Banyak promo dalam aplikasi, malah ada minuman serendah RM2.99 semasa promosi. Harga standard tetap bawah bajet dan berbaloi.

Maklumat lanjut: Facebook Luckin Coffee Malaysia atau layari laman web rasmi mereka.

3. Koppiku

Kredit Gambar: Berjaya Times Square

Nama makin naik sebab harga student-friendly, tapi rasa tetap premium. Menu popular di Koppiku termasuk Caramel Macchiato, Kopi Gula Aren & Cappuccino dengan anggaran harga RM5.50 – RM11.00. 

Maklumat lanjut: Facebook Koppiku atau layari laman web rasmi mereka.

4. Kopi Dua Darjat 

Kredit Gambar: Fadhlan Ahmad (Google)

Kedai kopi lokal yang terkenal dengan pilihan kopi manis. berkrim dan pekat. Pilihan seperti Kopi Susu, Caramel & Mocha biasanya sekitar RM6.00 – RM8.00 je. Memang port terbaik untuk peminat “kopi kaw”.

Maklumat lanjut: Facebook Kopi Dua Darjat 

5. Kee Nguyễn – Vietnam Coffee 

Kredit Gambar: IOI City Mall 

Nak rasa kopi ala Vietnam tanpa pasport? Kee Nguyễn ada kopi dengan aroma kuat dan susu pekat ala tradisional Vietnam. Harga pun sangat berpatutan, sekitar RM4.00 – RM10.00 bergantung pada jenis minuman.

Maklumat lanjut: Facebook Keen Nguyen Caphe atau layari laman web rasmi mereka.

6. Mixue

Kredit Gambar: Mixue Malaysia

Mixue bukan sekadar tentang aiskrim murah — kopi mereka pun mesra bajet! Terdapat pelbagai pilihan minuman seperti Americano, Latte dan menu berasaskan kopi dengan harga sekitar RM3.50 – RM9.90 sahaja.

Maklumat lanjut: Facebook Mixue Malaysia atau layari laman web rasmi mereka.

7. Tealive

Kredit Gambar: The Curve Shopping Mall

Antara jenama kopi paling popular di Malaysia, bukan sahaja terkenal dengan teh mereka, tapi pilihan kopinya juga semakin pelbagai. Harga bermula dari RM6.90 hingga RM12.90 untuk Americano, Latte, dan Signature Coffee. 

Maklumat lanjut: Facebook Tealive atau layari laman web rasmi mereka.

Siap sedia untuk ngopi? Dengan pelbagai pilihan kopi yang berkualiti pada harga mesra bajet, ia pasti memberikan anda pengalaman ngopi yang menyenangkan. Jadi, bila-bila masa teringin kopi, anda sudah tahu destinasi yang tepat.


Nak dapatkan maklumat promosi atau tips & tricks dengan lebih pantas? Ikuti Hrga.MY di kesemua platform media sosial rasmi kami di bawah! 👇🏻

Facebook | Instagram | TikTok | X.com | Threads | Whatsapp