Menu

Texas Chicken Tex Flash Deals: 2 Set Fried Chicken Combo Pada Harga RM23.50 Untuk 2 Hari Sahaja

Alyaa 2 days ago

Texas Chicken Malaysia menawarkan promosi kilat menerusi Tex Flash Deals dengan harga istimewa untuk dua hari sahaja, iaitu pada 23 dan 24 Jun 2026.

Dalam tempoh dua hari tersebut, pelanggan boleh mendapatkan 2 set lengkap Fried Chicken Combo pada harga RM23.50 sahaja. Setiap set terdiri daripada 2 ketul ayam goreng, satu hidangan sampingan, dan satu minuman, menjadikan promosi ini pilihan berbaloi untuk makan berdua. 

Setiap set dalam kombo ini merangkumi:

  • 2 ketul ayam goreng
  • 1 hidangan sampingan (pilihan bergantung kepada ketersediaan)
  • 1 minuman Coca-Cola Zero Sugar

Tawaran ini tersedia sepanjang hari mengikut waktu operasi cawangan masing-masing, dan boleh dinikmati menerusi tiga kaedah pembelian, sama ada secara Dine-In, Take-Away, atau Drive-Thru. Namun, promosi ini tidak terpakai untuk pembelian melalui perkhidmatan penghantaran dan Food Truck.

Tex Flash Deals ini sah di semua cawangan Texas Chicken di seluruh Malaysia, tertakluk kepada ketersediaan stok. Pilihan bahagian ayam juga bergantung kepada ketersediaan di setiap cawangan.

Memandangkan promosi ini hanya berlangsung selama dua hari dan terhad kepada stok yang ada, pelanggan yang berminat disarankan untuk hadir lebih awal bagi mengelakkan kekecewaan.


Nak dapatkan maklumat promosi atau tips & tricks dengan lebih pantas? Ikuti Hrga.MY di kesemua platform media sosial rasmi kami di bawah! 

Facebook | Instagram | TikTok | X.com | Threads

– Advertisement –
Written By

– Advertisement –