Menu

ACS EDU TOUR 2025: Tune Talk & CRIT Perkasa Bakat Muda Esports, Tawar Hadiah Keseluruhan RM200,000!

Sarah K 7 months ago

ACS EDU TOUR kembali untuk musim keempat! Dianjurkan oleh CRIT Malaysia dengan sokongan penuh Tune Talk, inisiatif ini terus menjadi salah satu platform utama bagi pelajar universiti dan kolej di seluruh negara yang ingin melangkah lebih jauh dalam dunia esports.

Musim 2025 memberi fokus kepada pembangunan bakat baharu, di mana peserta bukan hanya bertanding dalam kejohanan, tetapi turut diperkenalkan kepada pelbagai peluang dalam industri digital. Ini termasuk bidang seperti pembangunan permainan, penyiaran, produksi acara, pengurusan projek dan pemasaran.

Tahun ini, ganjaran yang ditawarkan lebih hebat berbanding sebelum ini, dengan jumlah hadiah keseluruhan mencecah RM200,000! Buat pertama kalinya, pasukan yang bergelar juara bakal menandatangani kontrak profesional bersama CRIT dan mewakili Malaysia di kejohanan peringkat antarabangsa. Langkah ini menjadikan ACS EDU TOUR sebagai platform terbaik bagi pemain muda yang mahu menapak ke dunia esports profesional.

“Bagi Tune Talk, esports bukan sekadar permainan. Ia adalah budaya, kerjaya dan ruang untuk ekspresi diri,” kata Jill Yeap, Ketua Pemasaran Tune Talk. “Kami mahu menjadi tenaga penggerak di sebalik semangat ini dengan menyediakan sambungan berkelajuan tinggi tanpa had.”

Tune Talk juga meneruskan komitmennya terhadap pembangunan belia melalui program Youth Esports, yang memberi tumpuan kepada bakat baharu serta akses digital yang lebih inklusif.

Joshua Lew, Pengasas Bersama CRIT Esports Malaysia, berkata bahawa dengan sokongan Tune Talk, musim keempat ini berjaya menjangkau lebih banyak kampus dan menarik penyertaan lebih ramai belia. “Kami bukan sekadar menganjurkan kejohanan, tetapi membina laluan untuk para pelajar berkembang sebagai pemain profesional,” katanya.

ACS EDU TOUR kini menjadi salah satu gerakan esports yang paling aktif di Malaysia, membuka peluang sebenar kepada belia untuk membina masa depan dalam dunia digital melalui minat mereka terhadap permainan video.

Untuk maklumat lanjut, ikuti laman Facebook rasmi Tune Talk dan CRIT Esports MY sekarang!


Nak dapatkan maklumat promosi atau tips & tricks dengan lebih pantas? Ikuti Hrga.MY di kesemua platform media sosial rasmi kami di bawah! 👇🏻

Facebook | Instagram | TikTok | X.com | Threads | Whatsapp

– Advertisement –
Written By

– Advertisement –