TechLife melancarkan tablet terbarunya, TechLife Pad Plus 12” LTE, direka khas untuk memenuhi keperluan generasi digital masa kini.
Dikuasakan oleh pemproses MediaTek Helio G91 dan sistem operasi Android 15 yang mesra pengguna, tablet ini memastikan penggunaan yang lancar, dari kelas dalam talian hingga ke mesyuarat maya. Ia turut menyokong ciri-ciri pintar berasaskan AI seperti Google Gemini untuk pengalaman lebih peribadi dan cekap.
Dengan bateri 8000mAh, pengguna boleh menikmati sehingga 12.7 jam muzik atau 3 jam video pada kecerahan maksimum. Ia turut menyokong pengecasan pantas 18W serta pengecasan berbalik 5W yang boleh digunakan sebagai power bank untuk mengecas peranti lain.
Tablet ini hadir dengan 16GB RAM (8GB fizikal + 8GB tambahan) dan 256GB storan dalaman, yang boleh ditambah sehingga 1TB melalui kad microSD – cukup luas untuk fail kerja, aplikasi, muzik, dan gambar.
Mulai 31 Oktober 2025, TechLife Pad Plus 12” LTE boleh didapati secara dalam talian di Shopee, Lazada, TikTok dan kedai fizikal pengedar sah realme dengan tawaran menarik:
Harga: RM799 sahaja
Hadiah PERCUMA Bernilai RM299 – RM398 (tertakluk kepada lokasi & stok):
- Keyboard TechLife Pad Plus 12” (RM299)
- Beg simpanan TechLife (RM99) – untuk pembelian di kedai fizikal
Untuk maklumat lanjut, lawati laman sosial rasmi mereka di Facebook TechLife Malaysia.
Nak dapatkan maklumat promosi atau tips & tricks dengan lebih pantas? Ikuti Hrga.MY di kesemua platform media sosial rasmi kami di bawah!
Facebook | Instagram | TikTok | X.com | Threads | Whatsapp

HUAWEI MatePad Air Tiba di Malaysia, Gabungkan Produktiviti AI dan Kreativiti dalam Rekaan Nipis
Jangan Terburu-Buru Beli Kereta, Semak 6 Perkara Ini Sebelum Membuat Keputusan
Google Bawa Lyria 3.5 ke Gemini, Kini Boleh Cipta Lagu AI Terus dalam Aplikasi
vivo V80 Lite 5G Kini di Malaysia dengan Bateri 10,000mAh dan Paparan 6.83 Inci, Bermula RM1,499
Siri REDMI Note 17 Rasmi di Malaysia, Diterajui Note 17 Pro Max 5G dengan Bateri 10,000mAh
Bila Waktu Terbaik Untuk Tukar Telefon? Ini Perkara Yang Perlu Anda Pertimbangkan