Sempena sambutan Hari Pendaftaran Negara ke-71, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) membuka peluang kepada rakyat Malaysia untuk menempah koleksi eksklusif gambar MyKad mereka menerusi inisiatif “Foto Kenangan Terindah JPN”. Tawaran ini hanya dibuka selama sebulan sahaja, bermula dari 1 Oktober hingga 31 Oktober 2025.
Apa Itu Foto Kenangan Terindah JPN?
Foto Kenangan Terindah JPN ialah koleksi khas gambar MyKad yang boleh dijadikan sebagai kenangan peribadi, koleksi sentimental, atau hadiah istimewa untuk ahli keluarga.
Perlu diingat, gambar ini bukan dokumen rasmi. Ia hanya untuk tujuan peribadi dan tidak boleh digunakan sebagai pengenalan diri dalam urusan rasmi.
Menariknya, setiap pembeli akan menerima gambar MyKad mereka pada usia:
- 12 tahun (pengeluaran pertama)
- 18 tahun
- Terkini
Jenis Tempahan & Harga
Terdapat dua jenis tempahan yang ditawarkan:
- Foto Siri Individu – RM75
- Foto Siri IC Keluarga – RM150
Nota: Untuk Foto Siri IC Keluarga, hanya individu yang telah memiliki MyKad pada usia 12 tahun akan dipaparkan. Kanak-kanak yang belum memiliki kad pengenalan tidak termasuk.
Cara Membuat Tempahan
Orang ramai yang berminat boleh membuat tempahan secara dalam talian menerusi pautan rasmi Jabatan Pendaftaran Negara.
Tempahan akan diproses dan dikirim dalam tempoh 1 hingga 6 bulan bergantung kepada carian dan pengesahan rekod JPN.
Nak dapatkan maklumat promosi atau tips & tricks dengan lebih pantas? Ikuti Hrga.MY di kesemua platform media sosial rasmi kami di bawah!

Jangan Terburu-Buru Beli Kereta, Semak 6 Perkara Ini Sebelum Membuat Keputusan
Siri REDMI Note 17 Rasmi di Malaysia, Diterajui Note 17 Pro Max 5G dengan Bateri 10,000mAh
Bila Waktu Terbaik Untuk Tukar Telefon? Ini Perkara Yang Perlu Anda Pertimbangkan
5 Taman Pilihan di Kuala Lumpur Untuk Jogging dan Latihan Larian
ERL Tawar Diskaun 50% Tiket KLIA Transit ke Putrajaya Sempena Hari Kebangsaan 2026
Astro Raikan Ulang Tahun ke-30 dengan Akses Percuma Semua Saluran kepada Pelanggan