Ratu pop negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, bakal menggegarkan semula Stadium Nasional Bukit Jalil pada 10 Januari 2026 menerusi konsert mega bertajuk Legacy 30. Konsert ini adalah sempena ulang tahun ke-30 perjalanan seni beliau dalam industri muzik tempatan dan antarabangsa.
Tiket & Kategori Harga

Terdapat 8 kategori tiket yang ditawarkan dengan harga bermula serendah RM69, menjadikan konsert ini boleh diakses oleh semua lapisan peminat:
- Restricted View – RM69
- Bronze – RM89
- Silver – RM189
- Gold – RM289
- Platinum – RM359
- Diamond – RM459
- VIP – RM1,299
- Super VIP – RM1,599
Kelebihan Eksklusif untuk VIP & Super VIP
Untuk pengalaman lebih istimewa, peminat boleh memilih kategori VIP atau Super VIP yang hadir dengan pelbagai kelebihan:
Super VIP
- Akses ke After Party
- Beg tote eksklusif
- Poskad edisi khas
- Lanyard
- Barangan eksklusif dari Cuckoo
VIP
- Poskad edisi khas
- Lanyard
- Pouch eksklusif
- Barangan eksklusif dari Cuckoo
Konsert Legacy 30 dijangka menjadi malam penuh emosi dan nostalgia, menampilkan lagu-lagu ikonik Siti Nurhaliza yang membentuk landskap muzik tanah air selama tiga dekad. Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada detik bersejarah ini!
Untuk maklumat lanjut dan pembelian tiket, layari: www.ticket2u.com atau ikuti perkembangan terkini di media sosial rasmi Siti Nurhaliza.
Nak dapatkan maklumat promosi atau tips & tricks dengan lebih pantas? Ikuti Hrga.MY di kesemua platform media sosial rasmi kami di bawah!


CelcomDigi dan Astro Buka Pentas untuk Bakat Sabah dan Sarawak Menerusi Borneo Rising
Astro Raikan Ulang Tahun ke-30 dengan Akses Percuma Semua Saluran kepada Pelanggan
Tune Talk Turns 17 Birthday Bash: Festival Percuma dengan Konsert, Bazar Makanan dan Hadiah RM160,000
Jualan 8.8 Merdeka realme: Penjimatan Sehingga 50% di Shopee, Lazada dan TikTok Shop
Pengguna SPayLater Boleh Menikmati Promosi Beli 1 Percuma 1 Tiket Wayang di GSC
GSC Play Tawar Activity Kit Spider-Man: Brand New Day Percuma – Beli 2 Tiket Dan Dapatkan Kit Edisi Khas