MINISO Malaysia umum promosi eksklusif Beli 5, Percuma 1 di semua cawangan bermula dari 22 hingga 30 September 2025. Pelanggan boleh menikmati 1 barangan percuma apabila membeli lima produk dalam satu transaksi.
Promosi Menyeluruh Untuk Semua Produk
Dengan setiap pembelian 5 barangan, anda akan menerima 1 barangan percuma (barangan percuma adalah yang berharga paling rendah dalam transaksi yang sama). Promosi ini sah untuk semua jenis produk – daripada barangan peribadi, hadiah, keperluan harian hingga koleksi karakter terkenal!
Namun, tawaran ini tidak sah untuk barangan yang sedang diskaun/promosi lain dan tidak boleh digabungkan dengan baucar/promosi lain.
Pilihan Produk Menarik
MINISO sememangnya terkenal dengan produk unik dan trendy dengan harga berpatutan. Antara koleksi yang boleh anda dapatkan semasa promosi ini termasuk:
- Mainan Plush & Blind Boxes
- Produk Kecantikan & Penjagaan Kulit
- Alat Tulis & Organizer
- Keperluan Gaya Hidup & Perjalanan
- Botol Air, Cawan & Banyak Lagi
Koleksi Eksklusif Yang Wajib Dimiliki
Sama ada anda penggemar karakter klasik atau moden, koleksi MINISO pasti buat anda rambang mata. Dapatkan koleksi seperti:
- Disney Stitch
- Sanrio
- Crayon Shinchan
- Powerpuff Girls
- Barbie
- Harry Potter
- Vinyl Plush Blind Boxes
Rebut peluang ini untuk dapatkan lebih banyak barang dengan lebih nilai!
Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi atau ikuti MINISO Malaysia di Facebook dan Instagram.
📅 Tempoh Promosi: 22 – 30 September 2025
📍 Lokasi: Semua cawangan MINISO di seluruh Malaysia
Untuk maklumat lanjut dan promosi terkini, layari laman web rasmi atau ikuti media sosial MINISO Malaysia.
Nak dapatkan maklumat promosi atau tips & tricks dengan lebih pantas? Ikuti Hrga.MY di kesemua platform media sosial rasmi kami di bawah!

7 K-Drama Terbaik 2026 Yang Patut Masuk Dalam Senarai Tontonan Anda Tahun Ini
Bil Telefon Khairul Aming Didakwa ‘Bocor’ Di Media Sosial – Maxis Kenal Pasti Individu Terlibat
Tonton Filem The Odyssey Di GSC Dan Tebus Poster A3 Eksklusif Secara Percuma
Sepanyol Muncul Juara Piala Dunia 2026, Gol Ferran Torres Musnahkan Impian Argentina
Pakai Jersi Argentina, Tebus Promosi Beli 1 Percuma 1 di ZUS Coffee Untuk Satu Hari Sahaja
MR D.I.Y. Plus Kini Rasmi Dibuka Di The Mines, Gabungkan 4 Jenama Dalam Satu Lokasi