February 14, 2026

Infinix XPAD 20 Pro Kini di Malaysia – Paparan 2K dengan Pelbagai Ciri AI, Hanya RM999

XPAD 20 Pro KV with Price

Infinix melancarkan XPAD 20 Pro secara rasmi di Malaysia, memperkenalkan tablet generasi baharu dengan paparan besar dan ciri pintar AI, sesuai untuk pelbagai gaya hidup sama ada belajar, bekerja atau untuk hiburan.

Paparan 2K dengan Kadar Segar Semula 90Hz

XPAD 20 Pro menampilkan skrin 12-inci resolusi 2K dengan kadar segar semula 90Hz. Disahkan oleh TÜV Rheinland untuk Cahaya Biru Rendah dan Bebas Kelipan, ia direka untuk keselesaan mata pengguna, terutamanya pelajar dan pengguna yang sering menonton video atau mengikuti kelas dalam talian.

Reka Bentuk Premium, Nipis & Mudah Alih

Dengan ketebalan hanya 6.58mm dan berat 545g, tablet ini hadir dengan badan logam unibody yang elegan dalam warna Titanium Gray dan Mist Blue. Sistem audio empat pembesar suara dengan 360° DTS menawarkan pengalaman bunyi yang lebih imersif – sesuai untuk panggilan video, permainan, dan menonton filem.

Prestasi Pantas dengan Sokongan AI

XPAD 20 Pro dikuasakan oleh cip MediaTek Helio G100 Ultimate (6nm), bersama RAM sehingga 16GB dan storan 256GB. Ia turut menyokong sambungan 4G dan Wi-Fi serta bateri 8000mAh dengan pengecasan pantas 18W memastikan prestasi lancar sepanjang hari.

Antara fungsi AI pintar termasuk:

  • Folax voice assistant untuk carian dan terjemahan segera.
  • AI Homework Solver – bantu pelajar selesaikan kerja rumah.
  • AI Writing & AI Art – alat kreatif untuk pencipta kandungan.
  • Image-to-Doc conversion – tukar imej ke dokumen secara automatik.

Kolaborasi Pelbagai Peranti

Dengan ciri seperti Phone Cast, perkongsian clipboard rentas peranti dan penukaran aplikasi segera, XPAD 20 Pro memudahkan aliran kerja antara tablet dan telefon pintar anda.

Harga, Promosi & Ketersediaan

Infinix XPAD 20 Pro boleh didapati mulai 16 September 2025 melalui kedai rasmi Infinix di Lazada, Shopee dan TikTok Shop, serta di Infinix Brand Stores dan pengedar sah seluruh negara. Harga ditetapkan pada RM999 untuk varian 8GB RAM + 256GB storan.

Pembeli awal akan menerima XPAD 20 Pro Keyboard dan X Pencil 20 secara percuma (bernilai RM599), selagi stok masih ada.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi Infinix Malaysia atau ikuti mereka di Facebook, Instagram dan TikTok!


Nak dapatkan maklumat promosi atau tips & tricks dengan lebih pantas? Ikuti Hrga.MY di kesemua platform media sosial rasmi kami di bawah! 👇🏻

Facebook | Instagram | TikTok | X.com | Threads | Whatsapp