May 13, 2026

Senarai Acara Menarik Sepanjang September 2025 di Malaysia – Festival, Bazar & Ekspo

Acara-Bulan-September

Bulan September ini sarat dengan pelbagai acara meriah – daripada bazar gaya hidup, pameran perkahwinan, ekspo percutian hinggalah ke festival keluarga dan haiwan peliharaan. Sama ada anda mencari idea dekorasi rumah, percutian impian, barangan unik, atau sekadar ingin luangkan masa berkualiti bersama keluarga, senarai ini pastinya boleh membantu anda.

Nota: Senarai ini akan dikemas kini dari semasa ke semasa. Jangan lupa simpan untuk semak acara terbaru!

Festival & Bazaar Gaya Hidup

People’s Market @ Laman Perdana

Tarikh & Waktu: 30 Ogos – 6 September 2025 (Setiap Sabtu, 8 pagi – 1 petang)

Tempat: Laman Perdana, Putrajaya

Aktiviti: DIY keychain, lukisan totebag & cawan, bengkel bunga & batik, busking

Nota: Bawa beg & botol sendiri untuk sokong kempen Go Green

Maklumat lanjut: Facebook Perbadanan Putrajaya

MY Market

Tarikh & Waktu: 5 – 7 September 2025 (10 pagi – 10 malam)

Tempat: Central Market Kuala Lumpur

Aktiviti: Pelbagai gerai makanan, barangan unik & suasana meriah sambut Hari Malaysia

Maklumat lanjut: Laman Web Central Market

Stay Groovy Bazaar

Tarikh & Waktu: 3 – 9 September 2025 (10 pagi – 10 malam)

Tempat: Publika Shopping Gallery

Aktiviti: Produk handmade, minuman artisanal, spot Instagrammable & live vibes

Maklumat lanjut: Facebook Publika

Strollin Market Pasar Kita

Tarikh & Waktu: 19 – 21 September 2025 (10 pagi – 10 malam)

Tempat: Central Market Kuala Lumpur

Aktiviti: Tema vintaj & retro, sesuai untuk pencinta gaya klasik

Maklumat lanjut: Laman Web Central Market

Serba Serbi Boho Bliss

Tarikh & Waktu: 26 – 28 September 2025 (10 pagi – 10 malam)

Tempat: Central Market Kuala Lumpur

Aktiviti: Gaya bohemian, muzik santai & produk kreatif

Maklumat lanjut: Laman Web Central Market

Pameran Perkahwinan & Keluarga

KLPJ Wedding Fair

Tarikh: 26 – 28 September 2025

Tempat: Mid Valley Exhibition Centre, Kuala Lumpur

Aktiviti: Lebih 200 vendor perkahwinan, hadiah RM388,000 & pameran pelbagai budaya

Maklumat lanjut: Facebook KLPJ Wedding Fair

TCE Baby Expo

Tarikh & Waktu: 26 – 28 September 2025 (10 pagi – 8 malam)

Tempat: MITEC, Kuala Lumpur

Aktiviti: 1000+ jenama bayi, hadiah percuma, zon petting zoo & subsidi sehingga RM188,000

Maklumat lanjut: Facebook TCE Baby Expo

Ekspo & Perjalanan

MATTA Fair 2025

Tarikh & Waktu: 5 – 7 September 2025 (10 pagi – 9 malam)

Tempat: MITEC, Kuala Lumpur

Aktiviti: Ribuan pakej percutian, diskaun khas, cabutan bertuah & persembahan budaya

Maklumat lanjut: Facebook MATTA Fair KL

HOMElove Home Expo

Tarikh & Waktu: 5 – 7 September 2025 (11 pagi – 9 malam)

Tempat: Pavilion Bukit Jalil Exhibition Centre

Aktiviti: Hadiah pendaftaran, diskaun tunai, perabot & produk rumah terkini

Maklumat lanjut: Facebook HOMElove Home Expo

REX Home Expo @ Mid Valley KL

Tarikh & Waktu: 13 – 16 September 2025 (Sabtu – Selasa, 11 pagi – 9 malam)

Tempat: Mid Valley Exhibition Centre, Kuala Lumpur

Aktiviti: Baucar tunai RM100, peti sejuk & mesin basuh RM28*, cabutan bertuah RM38,888, hadiah penghargaan RM10,000, diskaun hingga 80%

Maklumat lanjut: Facebook REX Home Renovation Expo

Keluarga & Kanak-Kanak

Astro Home of Kids

Tarikh: 12 – 15 September 2025

Tempat: Pavilion Bukit Jalil Convention Centre (PEX)

Aktiviti: Watak kegemaran (Didi, Pinkfong, Cocomelon), zon bermain & konsert khas

Maklumat lanjut: Facebook Astro Media Solutions

Omatsuri Time! 2025

Tarikh & Waktu: 6 – 7 September 2025 (10 pagi – 7 malam)

Tempat: Bloomsvale Shopping Gallery, Kuala Lumpur

Aktiviti: Cosplay, zon permainan kanak-kanak, gerai anime & pentas persembahan

Maklumat lanjut: Facebook Bloomsvale Shopping Gallery

Haiwan & Komuniti

OH MY PET! Expo

Tarikh & Waktu: 5 – 7 September 2025 (11 pagi – 10 malam)

Tempat: Mid Valley Megamall, Kuala Lumpur

Aktiviti: Gerai barangan haiwan, sesi adopsi & aktiviti haiwan peliharaan

Maklumat lanjut: Facebook Oh My Pet Expo

Celebrities & Friends Charity Bazaar

Tarikh & Waktu: 6 September 2025 (10 pagi – 2 petang)

Tempat: Jalan Negara Kita, Taman Melawati

Aktiviti: Booth selebriti, makanan artisan, aktiviti amal & 100% hasil untuk kebajikan

Maklumat lanjut: Facebook Kengkawan Project

Putrajaya Parks Day 2025

Tarikh: 27 – 28 September 2025

Tempat: Taman Botani, Putrajaya

Aktiviti: Pertandingan kayak, memancing, aerodance & aktiviti komuniti

Maklumat lanjut: Facebook Perbadanan Putrajaya

Makanan & Minuman

Tastefully Food Expo

Tarikh & Waktu: 5 – 7 September 2025 (11 pagi – 10 malam)

Tempat: Sunway Pyramid Convention Centre, Petaling Jaya

Aktiviti: Cabaran makanan pedas, demo coklat & kopi, hadiah RM18,000+

Maklumat lanjut: Facebook Tastefully Food Expo

Raikan September dengan penuh keriangan – isi kalendar anda dengan acara menarik yang boleh mencetuskan inspirasi, kegembiraan, dan kenangan manis. Pilih destinasi anda, ajak yang tersayang, dan cipta pengalaman yang tak terlupakan sepanjang bulan ini!

Untuk info lanjut, layari laman web dan media sosial rasmi setiap acara melalui pautan yang disediakan.


Nak dapatkan maklumat promosi atau tips & tricks dengan lebih pantas? Ikuti Hrga.MY di kesemua platform media sosial rasmi kami di bawah! 👇🏻

Facebook | Instagram | TikTok | X.com | Threads | Whatsapp