February 13, 2026

POCO C85 Kini di Malaysia – Skrin 6.9 Inci & Bateri 6000mAh dengan Harga Promosi RM399!

POCO C85

POCO Malaysia melancarkan telefon pintar terbaharu, POCO C85, yang menampilkan reka bentuk bergaya, prestasi harian lancar dan bateri besar 6000mAh. Walaupun kapasiti baterinya besar, ia tetap hadir dengan reka bentuk yang nipis serta kemasan 3D quad-curved back untuk genggaman lebih selesa.

Ditawarkan pada harga promosi bermula RM399, POCO C85 hadir sebagai pilihan mampu milik untuk pengguna yang mengutamakan bateri tahan lama dan pengalaman penggunaan lancar.

Prestasi Bateri & Pengecasan

POCO C85 dibekalkan dengan bateri 6000mAh yang mampu bertahan sehingga:

  • 22 jam tontonan video
  • 82 jam muzik
  • 20 jam pembacaan

Telefon ini juga menyokong 33W pengecasan pantas (50% hanya dalam 31 minit) dan reverse charging 10W, menjadikannya juga sebagai powerbank kecemasan.

Reka Bentuk Premium dengan Paparan Besar

POCO C85 tampil dengan rekaan berinspirasikan aurora dan kemasan kaca berkilau. Bahagian paparan pula menggunakan skrin besar 6.9 inci HD+ dengan AdaptiveSync 120Hz (60Hz/90Hz/120Hz), sesuai untuk permainan, video, dan media sosial.

Ia juga dilengkapi ciri perlindungan mata TÜV Rheinland serta Wet Touch 2.0, memastikan skrin tetap responsif walaupun dengan jari basah.

Prestasi & Ciri Harian

Dikuasakan cipset MediaTek Helio G81-Ultra, POCO C85 menawarkan prestasi stabil untuk hiburan dan komunikasi.

  • RAM sehingga 16GB (8GB + memory extension)
  • Storan sehingga 1TB melalui kad microSD
  • Sistem HyperOS 2 dengan sokongan Circle to Search Google, Google Gemini, dan ciri interconnectivity Xiaomi

Kamera 50MP & Ciri Praktikal

  • Kamera utama 50MP dengan warna lebih hidup dan jelas
  • Kamera depan 8MP dengan beauty mode untuk selfie yang menyeronokkan
  • Ciri lain: sensor cap jari sisi, jack audio 3.5mm, 200% volume boost, dan penarafan IP64 kalis debu & percikan air

Harga dan Ketersediaan

Model Harga RRP Harga Promosi (1–16 September 2025)
POCO C85 (6GB + 128GB) RM439 RM399
POCO C85 (8GB + 236GB) RM499 RM459

POCO C85 boleh didapati di:

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi Xiaomi Malaysia.


Nak dapatkan maklumat promosi atau tips & tricks dengan lebih pantas? Ikuti Hrga.MY di kesemua platform media sosial rasmi kami di bawah! 👇🏻

Facebook | Instagram | TikTok | X.com | Threads | Whatsapp