May 13, 2026

Jom Sertai RIUH Merdeka! 30 Jam Tanpa Henti Meriahkan Sambutan Hari Kebangsaan 2025

RIUH MERDEKA 1

Putrajaya bakal menjadi tumpuan rakyat Malaysia apabila acara “RIUH Merdeka” anjuran Kementerian Komunikasi menerusi MyCreative Ventures bakal berlangsung selama 30 jam tanpa henti bersempena Hari Kebangsaan 2025.

Sambutan Gempak Sempena Hari Kebangsaan

RIUH Merdeka akan berlangsung dari:

Tarikh: 30 Ogos 2025 (Sabtu) hingga 31 Ogos 2025 (Ahad)

Masa: Bermula jam 12.00 tengah hari (30 Ogos) hingga 6.00 petang (31 Ogos)

Lokasi: Tapak Parkir Monumen Alaf Baru, Putrajaya

Acara ini dijangka menarik lebih 25,000 pengunjung dan bertujuan menyemarakkan semangat patriotisme menerusi seni, budaya dan kreativiti rakyat Malaysia.

Persembahan Artis Popular & Aktiviti Menarik

Antara tarikan utama:

  • Persembahan langsung oleh artis popular seperti Yuna, Misha Omar, Pop Shuvit, Aliff Satar & The Locos, IamNeeta, Datuk Zainalabidin dan ramai lagi.
  • Lebih 80 vendor menawarkan makanan, minuman, fesyen, aksesori dan produk kecantikan.
  • Bengkel kreatif percuma dan aktiviti mesra keluarga.
  • Pertunjukan bunga api gilang-gemilang pada malam Ambang Merdeka.

Kemudahan Pengangkutan dan Akses

Bagi kemudahan pengunjung, pelbagai pilihan pengangkutan disediakan:

Jenis Kemudahan Laluan / Lokasi Waktu Operasi Kekerapan / Kapasiti
Tempat Letak Kenderaan Sekitar lokasi sambutan Hari Kebangsaan Sepanjang hari 15,000 ruang tersedia
Bas Perantara MRT MRT Putrajaya Sentral → Jalan Tun Abdul Razak, Presint 2 Bermula 30 Ogos, jam 12.00 tengah hari Setiap 10–15 minit
Teksi Air Tasik Putrajaya Jeti Marina Presint 5 → Jeti Anjung Floria Presint 4 31 Ogos, 5.00 pagi – 2.00 petang Setiap 20 minit

Gabungan Hiburan dan Patriotisme

Dengan tema perpaduan dan kreativiti, RIUH Merdeka bukan sekadar hiburan tetapi sebuah inisiatif untuk menyatukan rakyat Malaysia dari pelbagai lapisan masyarakat dalam suasana penuh semangat kemerdekaan. Ia juga membuka ruang niaga kepada penggiat seni tempatan dan usahawan kecil.

Untuk maklumat lanjut, ikuti Riuhinthecity dan MyCreative Ventures di Facebook dan Instagram.


Nak dapatkan maklumat promosi atau tips & tricks dengan lebih pantas? Ikuti Hrga.MY di kesemua platform media sosial rasmi kami di bawah! 👇🏻

Facebook | Instagram | TikTok | X.com | Threads | Whatsapp