February 14, 2026

Langgan Grab Unlimited dan Dapatkan ChatGPT Plus Percuma untuk Sebulan!

Grab-Unlimited-and-ChatGPT-Plus

Grab kini menawarkan promosi menarik kepada semua pelanggan Grab Unlimited, iaitu langganan ChatGPT Plus secara PERCUMA selama sebulan! Promosi ini berlangsung dari 15 Ogos hingga 15 November 2025 dan boleh ditebus melalui bahagian GrabRewards dalam aplikasi Grab.

Apa Itu Grab Unlimited?

Grab Unlimited adalah pelan langganan eksklusif yang memberikan pelbagai manfaat seperti:

  • Diskaun penghantaran GrabFood dan GrabMart
  • Tawaran eksklusif dari rakan niaga terpilih
  • Harga langganan:
    • RM4.90/bulan (bulanan)
    • RM27/6 bulan
    • RM47.90/setahun

Cara Tebus Tawaran Ini

Walaupun disenaraikan dalam GrabRewards, ChatGPT Plus bukanlah ganjaran yang ditebus dengan mata Grab. Sebaliknya, semua pelanggan Grab Unlimited layak untuk mendapatkannya secara automatik. 

Untuk menebus langganan, pengguna akan menerima kod khas yang perlu dimasukkan dalam aplikasi ChatGPT. Maklumat kad kredit atau debit diperlukan untuk pengesahan, jadi jika anda tidak mahu dikenakan bayaran selepas tempoh percubaan, pastikan anda batalkan langganan sebelum tamat tempoh sebulan.

Langganan ini sesuai untuk pengguna tegar Grab yang ingin berjimat dalam jangka masa panjang. Jangan lepaskan peluang ini untuk cuba ChatGPT Plus secara percuma!


Nak dapatkan maklumat promosi atau tips & tricks dengan lebih pantas? Ikuti Hrga.MY di kesemua platform media sosial rasmi kami di bawah! 👇🏻

Facebook | Instagram | TikTok | X.com | Threads | Whatsapp

 

Artikel ini turut diterbitkan oleh rakan kami di PriceShop. Untuk maklumat lanjut, layari laman rasmi PriceShop Malaysia sekarang.