Sempena Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2025, CelcomDigi memperkenalkan Gemilang Deals – satu kempen istimewa yang menawarkan pelbagai promosi menarik dari sekarang hingga 18 September 2025. Promosi ini merangkumi pelan pascabayar, naik taraf peranti, pas internet berkelajuan tinggi dan banyak lagi.
iPad Serendah RM1 Sebulan & Pelan Serba Lengkap

Pelanggan yang melanggan pelan CelcomDigi One Ultra atau One Pro boleh menikmati tawaran eksklusif – iPad terkini hanya RM1/sebulan. Pelan ini turut merangkumi:
- Internet tanpa had 5G/4G
- Fibre 300Mbps
- Akses percuma ke Disney+ Hotstar
Sesuai untuk pengguna yang inginkan pakej lengkap untuk sambungan dan hiburan di rumah.
Telefon 5G Percuma Dengan Pelan Pascabayar

Melalui Pakej MegaJimat, pelanggan pelan Postpaid 5G 80 boleh mendapatkan telefon pintar 5G percuma seperti:
- vivo Y29t 5G
- OPPO A5 5G
- realme 14x 5G
Tawaran ini amat berbaloi untuk pengguna yang ingin beralih ke rangkaian 5G tanpa perlu membayar lebih untuk peranti.
Pas Internet Berbaloi Untuk Kaki Data & Kaki Streaming

Untuk pengguna data tegar, CelcomDigi menawarkan dua pas internet baharu:
- High-Speed Internet Pass (RM8): 2,999GB data 5G/4G untuk 4 hari
- Video Pass (RM6.80): 680GB data berkelajuan tinggi untuk 5 hari, sah untuk YouTube, Netflix, Disney+ Hotstar, iQIYI & Viu
Kedua-dua pas ini boleh dibeli melalui aplikasi Celcom Life dan MyDigi.
Naik Taraf Wi-Fi Rumah Secara Percuma & Perlindungan Digital

Tambahan menarik lain termasuk:
- Naik taraf Fibre-to-the-Room (FTTR) percuma untuk 68 pelanggan sedia ada – naik taraf ini akan menambah baik liputan Wi-Fi di seluruh rumah.
- Percubaan percuma MobileSHIELD selama 1 bulan – aplikasi keselamatan yang melindungi daripada scam, aplikasi berbahaya dan pencurian identiti. Selepas itu, langganan hanya RM10/bulan atau RM4/bulan jika komited 12 bulan.
Nak dapatkan maklumat promosi atau tips & tricks dengan lebih pantas? Ikuti Hrga.MY di kesemua platform media sosial rasmi kami di bawah!
Facebook | Instagram | TikTok | X.com | Threads | Whatsapp

Piala Dunia FIFA 2026: Kemas Kini Harian Jadual dan Keputusan Perlawanan
Coway Run 2026 Sambut Edisi Ke-10, Tiket Super Early Bird Bermula RM49 Untuk 24 Jam Sahaja
7-Eleven Perkenal Kombo Baharu Serendah RM7.90, Boleh Tambah Snek Sampingan Dengan RM2
Raya Belum Habis, Luckin Coffee Tawar Minuman Serendah RM4.99
Richeese Factory Bagi Mashed Potato Percuma, Tebus Cepat Sebelum Hujung Mac
Lepak Raya Dengan Serumpun Raya Bundle J.CO, 3 Minuman Hanya RM30