February 14, 2026

vivo X Fold5 Kini di Malaysia: Pra-Tempah Sekarang dan Nikmati Hadiah Percuma Sehingga RM3,196!

vivo X Fold5 Main KV

vivo Malaysia secara rasmi melancarkan telefon pintar boleh lipat pertamanya, vivo X Fold5, ke pasaran tempatan. Bukan sekadar hadir dengan rekaan ultra ringan dan kuasa AI yang canggih, peranti ini turut disertakan dengan promosi pra-tempah eksklusif yang sangat menarik.

vivo X Fold5 ditawarkan dalam varian 16GB RAM + 512GB storan dengan harga RM6,999. Pra-tempahan dibuka mulai 29 Julai 2025 hingga 1 Ogos 2025.

Maklumat Pra-Tempah & Ganjaran Pembeli Awal

Setiap pra-tempah akan menerima hadiah percuma bernilai sehingga RM3,196, termasuk:

  • Magnetic Gift Set
  • vivo TWS 3e (True Wireless Earbuds)
  • 1+1 Tahun jaminan lanjutan vivo Care+
  • 1 Tahun perlindungan skrin lipat vivo Care+
  • Diskaun 30% untuk pembelian vivo Watch GT (PWP)

Ini menjadikan vivo X Fold5 bukan sahaja berbaloi dari segi spesifikasi, malah menawarkan nilai tambah tinggi untuk pembeli awal.

Ultra Ringan, Lebih Cerah, Lebih Bijak

vivo X Fold5 Main USP

vivo X Fold5 tampil sebagai penanda aras baharu dalam dunia telefon pintar boleh lipat dengan:

  • Berat hanya 217g, lebih ringan daripada kebanyakan flagship konvensional.
  • Paparan lipat paling terang vivo setakat ini dengan kecerahan puncak sehingga 4500 nits.
  • Bateri BlueVolt 6000mAh dengan pengecasan pantas 80W dan pengecasan tanpa wayar 40W.
  • Ketahanan tinggi dengan rintangan air (IPX8 & IPX9), habuk (IP5X) dan suhu rendah hingga -20°C.
  • Kamera bertaraf profesional hasil kerjasama vivo-ZEISS dengan zum optik 3x dan HyperZoom 100x.
  • Ciri AI canggih untuk produktiviti seperti Origin Workbench, DocMaster, dan Gemini AI oleh Google.

Promosi Tambahan di Kedai Konsep vivo (2 Ogos – 1 September 2025)

Selain hadiah pra-tempah, pelanggan juga boleh menikmati pelbagai promosi eksklusif:

Pelan Ansuran Tanpa Faedah Sehingga 24 bulan

  • Pulangan tunai dan ganjaran Affin Bank: Rebat segera RM100 + 5x Mata Ganjaran AFFIN (terhad kepada 100 pelanggan pertama).

Beli Sekarang, Bayar Kemudian

  • Grab PayLater: Diskaun RM60 dengan perbelanjaan minimum RM550 + ansuran 0% sehingga 4 bulan (sah hingga 30 September 2025).
  • SPayLater: Ansuran sehingga 12 bulan (caj 1.5% dikenakan untuk pelan 3 bulan ke atas).

Promosi Tukar Beli

  • Rebat sehingga RM200 bila anda tukar beli peranti terpilih.
  • Nilai akhir rebat bergantung pada keadaan dan model peranti yang ditukar.

📍 Promosi ini sah di Kedai Konsep vivo terpilih dan tertakluk kepada terma & syarat.

Jangan lepaskan peluang untuk menjadi antara yang terawal memiliki vivo X Fold5, telefon pintar lipat yang bukan sahaja bergaya, tetapi juga dilengkapi kuasa AI dan teknologi tercanggih vivo setakat ini.

Layari laman web rasmi vivo Malaysia atau kunjungi Kedai Konsep vivo berhampiran anda untuk maklumat lanjut.