Penstriman langsung kini semakin popular di Malaysia. Sejak 2019, lebih sejuta rakyat telah mencuba Shopee Live, dengan ramai penjual mencatatkan peningkatan jualan sehingga 25%.
Tapi… kalau baru nak mula, mesti anda terfikir, “kena beli kamera canggih ke?” atau “nak kena ada mic mahal ke?” Jawapannya: Tak perlu pun! Anda boleh mulakan dengan bajet rendah — asalkan tahu apa yang penting.
Peralatan Asas Untuk Mula Live
Untuk mula live streaming, anda cuma perlukan 3 perkara asas:
-
Sumber video – kamera, telefon atau kamera web
-
Sumber audio – mikrofon atau headset
-
Sumber cahaya – ring light (supaya muka tak nampak gelap 😅)
Jom kita tengok pilihan bajet yang anda boleh dapatkan di Shopee atau Lazada. Semua bawah RM250 je!
1. Kamera Web (Webcams)
HIKVISION DS-U02 (2MP)

Ciri Utama dan Harga:
- 2MP CMOS, 1080p, mikrofon terbina
- RM73.59 (Shopee)
UGREEN 2K HD

Ciri Utama dan Harga:
Logitech Brio 100

Ciri Utama dan Harga:
Razer Kiyo

Ciri Utama dan Harga:
2. Mikrofon
BOYA V10 V2.0

Ciri Utama dan Harga:
Ulanzi A100

Ciri Utama dan Harga:
MAONO DGM20 (ada lampu RGB)

Ciri Utama dan Harga:
3. Headset
Tidak wajib, tetapi berguna untuk memantau audio, terutamanya jika anda menstrim permainan atas talian.
Baseus D02 Pro

Ciri Utama dan Harga:
- 40 jam masa main, pengurangan bunyi
- RM65.82 (Shopee)
Lenovo TH30

Ciri Utama dan Harga:
Edifier K800

Ciri Utama dan Harga:
4. Alat Pencahayaan
Tak semua tempat mempunyai cukup cahaya. Jadi kalau nak nampak cerah dan profesional, ring light atau softbox boleh bantu anda. Tak perlu besar, saiz kecil pun memadai untuk permulaan.
Di Shopee & Lazada, anda boleh jumpa ring light serendah RM20 – RM100 dengan tripod sekali. Pilih ikut bajet dan ruang anda.
Tak Perlu Mahal Untuk Bermula
Yang penting bukan alatan mahal, tapi konsisten, rajin dan tahu apa content yang anda nak buat. Bila dah ada pengalaman, barulah upgrade ikut keperluan.
Nota Penting: Harga yang disenaraikan adalah harga semasa di Shopee & Lazada pada waktu artikel ini ditulis. Harga mungkin berbeza mengikut promosi semasa, jualan kilat atau diskaun kupon. Jadi, pastikan anda semak harga terkini sebelum membeli!

HUAWEI MatePad Air Tiba di Malaysia, Gabungkan Produktiviti AI dan Kreativiti dalam Rekaan Nipis
Jangan Terburu-Buru Beli Kereta, Semak 6 Perkara Ini Sebelum Membuat Keputusan
Google Bawa Lyria 3.5 ke Gemini, Kini Boleh Cipta Lagu AI Terus dalam Aplikasi
vivo V80 Lite 5G Kini di Malaysia dengan Bateri 10,000mAh dan Paparan 6.83 Inci, Bermula RM1,499
Siri REDMI Note 17 Rasmi di Malaysia, Diterajui Note 17 Pro Max 5G dengan Bateri 10,000mAh
Bila Waktu Terbaik Untuk Tukar Telefon? Ini Perkara Yang Perlu Anda Pertimbangkan