ZUS Coffee Tawar ‘Sad ZUS Buddy’ Percuma Bila Anda Belanja RM25
Kalau anda tengah rasa down, ZUS Coffee ada buddy baru untuk temani hari anda. Mulai 7 hingga 13 Julai 2025, pelanggan yang membelanjakan RM25 untuk minuman buatan tangan (handcrafted drinks) dalam satu resit boleh bawa pulang 1 unit Sad ZUS Buddy secara percuma, selagi stok masih ada!
Apa Itu Sad ZUS Buddy?
Ia merupakan koleksi figura mini bertemakan emosi sedih, tapi dengan mesej untuk menyokong dan memberi semangat dengan penuh empati. Ada 6 karakter comel yang diberikan secara rawak:
-
Sad Porta Pal
-
Sad Frappe Fren
-
Sad Choco Chipster
-
Sad Blue Buddy
-
Sad Pinky Boo
-
Sad Bean Boss
“Sometimes, you just need someone to sit with you through the sadness. No words, no pressure.”
Itulah inspirasi di sebalik kempen ini.
Cara Dapatkan:
-
Belanja minimum RM25 dalam satu resit untuk minuman buatan tangan (bukan botol, bukan espresso, bukan bundle promo).
-
Tawaran ini hanya sah untuk pembelian walk-in dan pick-up melalui ZUS App (bukan untuk penghantaran).
-
1 transaksi = 1 Sad ZUS Buddy (diberi secara rawak).
-
Sad ZUS Bussy akan ditunjukkan semasa checkout jika stok masih ada.
Untuk maklumat lanjut dan senarai penuh T&C serta lokasi tidak terlibat, boleh rujuk laman Facebook dan laman rasmi ZUS Coffee.
Kalau anda sedang kumpul koleksi ZUS Buddy, atau sekadar perlukan sedikit hiburan dalam minggu yang berat, ini peluang terbaik anda. Minum kopi, dapat kawan! 💙
