Jualan Mega 7.7 TechLife: Pad Neo Muncul Semula Dengan Hadiah Bernilai RM199!
TechLife umum kemunculan semula Pad Neo bersempena jualan Mega 7.7 yang berlangsung dari 7 hingga 9 Julai 2025. Tablet tersebut kembali ditawarkan selepas menerima permintaan tinggi daripada pengguna sebelum ini.
Dilengkapi Spesifikasi Harian dan Tawaran Hadiah Percuma

Pad Neo hadir dengan cip pemproses MediaTek Helio G80, sambungan LTE, skrin bersaiz 10.1 inci HD+, bateri 6000mAh, kamera belakang 13MP dan pembesar suara stereo berkembar. Ciri-ciri ini menjadikan peranti berkenaan sesuai digunakan untuk pembelajaran, hiburan dan tugasan harian.
Bersempena promosi 7.7, pelanggan yang membeli Pad Neo akan menerima hadiah percuma berupa jam tangan pintar TechLife T17C yang dianggarkan bernilai RM199. Bagaimanapun, tawaran ini terhad kepada 30 unit pertama sahaja, sementara stok masih ada.
Smart Watch P1 dan Produk Lain Turut Ditawarkan pada Harga Diskaun
Selain Pad Neo, TechLife turut memperkenalkan beberapa produk lain dalam jualan Mega 7.7. Antara yang menarik perhatian ialah jam tangan pintar Watch P1 yang hadir dengan skrin AMOLED bersaiz 1.43 inci, sokongan panggilan Bluetooth, GPS terbina, lebih 100 mod sukan, dan tahap kalis air IP68. Produk ini dijual pada harga RM299 dan disertakan tali jam percuma bernilai RM79.
Produk lain yang ditawarkan termasuk TechLife Fan Turbo pada harga RM99, Smart Watch T18C dengan harga diskaun RM69 dan Smart Watch L1 pada harga RM179 berbanding harga asal RM219.
Kesemua produk boleh didapati menerusi kedai rasmi TechLife di platform e-dagang utama seperti Shopee, Lazada dan TikTok Shop.
