Panduan Lengkap Cara Beli Pas My50 di TNG eWallet (2025)
Mulai 1 Julai 2025, pengguna Rapid KL kini boleh membeli dan mengaktifkan Pas Perjalanan Tanpa Had My50 terus melalui aplikasi Touch ‘n Go (TNG) eWallet tanpa perlu beratur panjang di kaunter.
Menurut CEO Prasarana Malaysia Berhad, Mohd Azharuddin Mat Sah, langkah ini dijangka memberi manfaat kepada lebih 250,000 pengguna My50 sedia ada.
Sebelum Beli, Pastikan 3 Perkara Ini Siap Terlebih Dahulu
1. Telefon anda ada NFC
Kalau tak pasti, pergi ke tetapan dan taip “NFC” dalam bar carian. Kalau ada, aktifkan.
2. Guna Kad TNG Enhanced (kad yang ada logo NFC)
Kad lama tak boleh guna ya. Kalau belum ada, boleh beli dari Shopee atau Lazada. Nak lagi menarik? Anda juga boleh guna TNG Charms yang sokong NFC!
3. Akaun TNG eWallet anda dah verified (eKYC)
Buka aplikasi → tekan ikon profil → kalau nampak lencana “Verified”, maksudnya dah sah. Kalau belum, ikut saja arahan untuk sahkan.
Panduan Langkah demi Langkah untuk Beli & Aktifkan Pas My50
Dah lengkap semua keperluan? Jom ikuti langkah-langkah ini:
Langkah 1:
Buka aplikasi → pergi ke bahagian “Recommended” → tekan “More”

Langkah 2:
Pilih “Travel Pass” → tekan “Agree” untuk mengesahkan kebenaran

Langkah 3:
Pilih ‘Select and link an Enhanced TNG Card’ → Pilih kad yang ingin dipautkan. (Kad bukan Enhanced akan berwarna kelabu.)


Langkah 4:
Letakkan kad TNG Enhanced di belakang telefon anda (mengikut arahan dalam aplikasi).

Langkah 5:
Pilih tarikh mula pas anda → tekan ‘Confirm’. (Tarikh tamat akan ditetapkan automatik 30 hari dari tarikh mula.)


Langkah 6:
Tekan “Pay” dan buat bayaran dari baki eWallet anda. (Pastikan baki telah mencukupi untuk mengaktifkan.)

Langkah 7:
Letakkan kad sekali lagi di belakang telefon untuk aktifkan pas.

Langkah 8:
Tunggu notifikasi – Pas My50 anda kini aktif dan boleh digunakan!

Apa Yang Anda Dapat Dengan Pas My50?
Dengan RM50 sahaja, anda dapat menikmati perjalanan tanpa had selama 30 hari bagi perkhidmatan:
🚆 LRT
🚇 MRT
🚝 Monorel
🚍 Bas Rapid KL & bas pengantara
🚈 BRT
Sangat sesuai untuk pelajar, pekerja harian, atau sesiapa saja yang ingin menjimatkan kos pengangkutan.
