Konsert mega VIOLET SKIES: DATO’ SRI SITI NURHALIZA LIVE IN ARENA OF STARS yang bakal berlangsung pada 5 dan 6 Julai 2025 di Arena of Stars, Resorts World Genting kini menjadi bualan hangat. Tiket untuk hari pertama hampir habis terjual, bukti bahawa peminat tidak sabar untuk kembali menyaksikan persembahan penuh magis daripada Dato’ Sri Siti Nurhaliza.
Senarai Harga Tiket Mengikut Kategori:
VIP – RM772
PS1 – RM662
PS2 – RM532
PS3 – RM402
PS4 – RM282
Layout & Kedudukan Tempat Duduk
Untuk anda yang inginkan pengalaman lebih dekat dan eksklusif, kategori VIP dan PS1 adalah pilihan terbaik. Kedua-duanya terletak di bahagian hadapan dewan dengan pandangan yang jelas dan strategik ke arah pentas utama. Kategori ini memberi anda sudut pandang yang sempurna untuk menikmati persembahan vokal dan visual Dato’ Sri Siti Nurhaliza secara lebih dekat dan imersif.

Kategori lain seperti PS2 hingga PS4 pula menawarkan alternatif yang masih selesa dan sesuai untuk penonton yang mahu menikmati konsert dalam suasana santai tetapi tetap merasai getaran persembahan secara langsung.
Butiran Konsert:
Lokasi: Arena of Stars, Resorts World Genting
Tarikh: Sabtu & Ahad, 5 dan 6 Julai 2025
Konsert ini dijangka menjadi antara acara kemuncak tahun 2025 – penuh emosi, nostalgia dan kekuatan vokal yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Dato’ Sri Siti Nurhaliza akan membawakan lagu-lagu pilihan dalam suasana eksklusif yang pasti meninggalkan kesan mendalam buat semua peminat.
Tempahan Tiket:
Tiket boleh dibeli di:
Laman rasmi: www.myticket.asia
Ahli Resorts World Genting boleh nikmati diskaun istimewa di laman mereka.
Tiket kini laris dan semakin susut, jadi jangan tunggu saat akhir untuk menempah. Pastikan anda menjadi sebahagian daripada detik bersejarah ini bersama Dato’ Sri Siti Nurhaliza.

7 K-Drama Terbaik 2026 Yang Patut Masuk Dalam Senarai Tontonan Anda Tahun Ini
Apple Naikkan Harga Apple Music di Malaysia, Pelan Individu Kini RM17.90 Sebulan
Tonton Filem The Odyssey Di GSC Dan Tebus Poster A3 Eksklusif Secara Percuma
Jalan Raja Ditutup Hampir Seminggu, Ini Senarai Jalan Yang Terlibat Sempena Citrawarna 2026
Pengguna LRT Shah Alam Dapat Akses Percuma Ke AI World Experience Centre di i-City Sehingga 31 Julai
Konsert Gema Bumantara Dato’ Sri Siti Nurhaliza: Harga Tiket, Tarikh Jualan Dan Keistimewaan Peminat