April 21, 2026

[VIDEO] Tips Parking Murah Kereta di TRX Mall, Kena Jalan Sikit Jer!

the-exchange-trx-main-entrance---night

Nak pergi TRX Mall tapi seriau tengok harga parking? Jangan risau, seorang pengguna TikTok, @maeyaaaaaa, telah berkongsi satu tips jimat gila untuk korang yang nak elak bayar mahal hanya untuk letak kereta beberapa jam.

Dalam video tersebut, @maeyaaaaaa menunjukkan satu kawasan parking murah yang terletak bersebelahan TSLAW Tower — cuma sekitar 10 minit berjalan kaki ke TRX Mall. Walaupun kena jalan sikit, tapi harga memang berbaloi: RM10 sahaja untuk satu hari per entry!

@maeyaaaaaaaaaaa

Parking murah dekat TRX? Try spot ni, confirm puas hati! #TRXKL #ParkingMurah #LifeHack

♬ ♡ ᶫᵒᵛᵉᵧₒᵤ ♡ – SoBerBoi

Jimat Banyak, Tak Jauh Pun!

Kalau nak dibandingkan dengan parking di dalam TRX Mall yang boleh cecah RM10 hanya untuk 2 jam, memang terasa sayang duit tu. Bayangkan kalau korang lepak dan shopping lebih lama, boleh habis RM20 ke RM30 hanya untuk parking je!

Parking berhampiran TSLAW Tower ini memang jadi penyelamat poket, terutamanya untuk yang datang lama atau nak ‘lepak’ di The Exchange TRX. Tapi, ada satu cabaran, ruang parking agak terhad, jadi kena datang awal kalau tak nak terlepas peluang.

Ringkasan Tips:

📍 Lokasi: Sebelah TSLAW Tower

🚶‍♀️ Jarak ke TRX Mall: ±10 minit berjalan

💰 Harga: RM10 / day (per entry)

⚠️ Nota: Tempat terhad, datang awal!

Kalau nak tengok sendiri laluan dan lokasi parking tu, bolehlah tengok video penuh dari @maeyaaaaaa di TikTok. Tips simple tapi berbaloi gila untuk jimat kos parking di KL!