Menunaikan ibadah Haji kini lebih mudah dan jimat dari segi komunikasi. CelcomDigi baru-baru ini melancarkan Pas Perantauan Haji, khas untuk jemaah Haji dari Malaysia yang ingin kekal berhubung semasa berada di Arab Saudi.
Dengan hanya RM138, pas ini sah digunakan selama 50 hari dan merangkumi:
- 150GB data berkelajuan tinggi
- Internet tanpa had (dihadkan pada kelajuan 1Mbps selepas kuota)
- Panggilan masuk percuma dari mana-mana lokasi di dunia
Apa yang menarik, pengguna tak perlu tukar kad SIM kerana sambungan akan dibuat secara automatik ke rangkaian terbaik di Arab Saudi.
Menurut CelcomDigi, pas ini lebih menjimatkan berbanding pek prabayar tempatan di sana, sekali gus memudahkan jemaah mengurus bajet dan kekal berhubung dengan keluarga di Malaysia.
Cara Dapatkan Pas Perantauan Haji

- Boleh dibeli melalui aplikasi Celcom Life atau MyDigi bermula sekarang hingga 30 Jun 2025.
- Terbuka kepada semua pelanggan prabayar dan pascabayar CelcomDigi.
Bukan Pengguna CelcomDigi?
Jangan risau, anda masih boleh menikmati tawaran serupa melalui Pek Permulaan Prabayar Haji, yang boleh didapati di:
- Stor CelcomDigi
- Pengedar sah seluruh negara
- Kursus Perdana Haji anjuran Tabung Haji

Jangan Terburu-Buru Beli Kereta, Semak 6 Perkara Ini Sebelum Membuat Keputusan
Siri REDMI Note 17 Rasmi di Malaysia, Diterajui Note 17 Pro Max 5G dengan Bateri 10,000mAh
5 Taman Pilihan di Kuala Lumpur Untuk Jogging dan Latihan Larian
ERL Tawar Diskaun 50% Tiket KLIA Transit ke Putrajaya Sempena Hari Kebangsaan 2026
Astro Raikan Ulang Tahun ke-30 dengan Akses Percuma Semua Saluran kepada Pelanggan
Jualan 8.8 Merdeka realme: Penjimatan Sehingga 50% di Shopee, Lazada dan TikTok Shop