Samsung akan melancarkan tablet terbaru Galaxy Tab S10 FE series dalam waktu terdekat. Setelah spesifikasi dan rekaannya bocor, kini giliran harga Galaxy Tab S10 FE telah terungkai.
Akan ada dua model tablet Fan Edition yang hendak dikeluarkan Samsung iaitu Galaxy Tab S10 FE dan Galaxy Tab S10 FE+. Bocoran dari YTechB mengungkap keduanya hanya akan tersedia dalam varian Wi-Fi only alias tanpa sokongan selular.

Galaxy Tab S10 FE dan Tab S10 FE+ akan tersedia dalam pilihan RAM 8/12GB dan memori internal 128/256GB. Bocoran harga masing-masing varian dapat dilihat di bawah ini.
Galaxy Tab S10 FE 8/128GB: USD 499 (RM2,192)
Galaxy Tab S10 FE 12/256GB: USD 569 (RM2,500)
Galaxy Tab S10 FE+ 8/128GB: USD 649 (RM2,851)
Galaxy Tab S10 FE+ 12/256GB: USD 749 (RM3,291)
Jika bocoran ini benar, ia menandakan harga Galaxy Tab S10 FE mengalami kenaikan dibandingkan generasi sebelumnya. Sebagai perbandingan, Galaxy Tab S9 FE dijual dengan harga mulai dari USD 449, sedangkan Galaxy Tab S9 FE+ harganya mulai dari USD 599.
Apa komen anda?

POCO Carnival 2026 Kembali Sempena Ulang Tahun Ke-8, Tawar Diskaun Peranti Hingga RM500
REDMI A7 Kini di Malaysia, Harga RM469 dengan Bateri 5200mAh dan Skrin 6.88 Inci
REDMI 17 Kini Tersedia di Malaysia dengan Bateri 7,500mAh, Harga Bermula RM699
Jualan 8.8 Merdeka realme: Penjimatan Sehingga 50% di Shopee, Lazada dan TikTok Shop
CelcomDigi Raih Dua Rekod Dunia Guinness Menerusi Siaran Langsung Mega Gegar 20 Juta
PerySmith Lancar AirStick Pro, Vakum Tiub Ultra-Langsing Pertama Jenama Malaysia