Sempena Aidilfitri 2025, CARiNG Pharmacy melancarkan kempen bermakna, “Syawal di Hati, Kenangan Abadi” dengan kerjasama artis autistik terkenal, ARTJAMILA. Kempen ini bukan sekadar meraikan seni, tetapi turut membawa mesej kesedaran mengenai autisme dan kepentingan inklusiviti dalam masyarakat.

Sebagai simbol kepada kempen ini, ARTJAMILA turut menghasilkan sampul duit raya edisi terhad “The Joy of Raya”, yang akan diberikan secara percuma kepada pelanggan yang berbelanja RM30 ke atas di CARiNG Pharmacy, Georgetown Pharmacy, dan Wellings Pharmacy sepanjang 7 Mac hingga 7 April 2025.

Selain sampul duit raya, CARiNG Pharmacy turut merangka pelbagai aktiviti menarik bagi menghidupkan semangat Syawal, termasuk program pendidikan, aktiviti interaktif, dan promosi istimewa berpaksikan empat teras utama:
✅ Sumbangan kepada komuniti
✅ Gaya hidup sihat
✅ Kepentingan penjagaan diri
✅ Memenuhi keperluan perayaan
Untuk maklumat lanjut mengenai kempen ini, layari laman web CARiNG Pharmacy dan ARTJAMILA serta media sosial rasmi mereka.

Jangan Terburu-Buru Beli Kereta, Semak 6 Perkara Ini Sebelum Membuat Keputusan
Siri REDMI Note 17 Rasmi di Malaysia, Diterajui Note 17 Pro Max 5G dengan Bateri 10,000mAh
5 Taman Pilihan di Kuala Lumpur Untuk Jogging dan Latihan Larian
ERL Tawar Diskaun 50% Tiket KLIA Transit ke Putrajaya Sempena Hari Kebangsaan 2026
Astro Raikan Ulang Tahun ke-30 dengan Akses Percuma Semua Saluran kepada Pelanggan
Jualan 8.8 Merdeka realme: Penjimatan Sehingga 50% di Shopee, Lazada dan TikTok Shop