AirAsia Umum Harga Tambang Tetap Sempena Hari Raya, 16,000 Tempat Duduk Tersedia
Sebagai syarikat penerbangan untuk semua, AirAsia terus komited dalam menawarkan tambang penerbangan berpatutan terutamanya semasa musim perayaan. Sempena Hari Raya Aidilfitri tahun ini, syarikat telah menyediakan lebih 16,000 tempat duduk melalui lebih 90 penerbangan lewat malam dengan tambang tetap antara Semenanjung Malaysia dan Sabah/Sarawak.
Bermula 28 Mac 2025 hingga 5 April 2025, para tetamu boleh menempah tambang tetap pada RM328 sehala* bagi penerbangan antara Kuala Lumpur dan Kuching, Sibu, Bintulu, atau Miri, serta Johor Bahru dan Kuching serta Sibu. Sementara itu, penerbangan antara Kuala Lumpur dan Kota Kinabalu, Sandakan, atau Tawau, serta antara Johor Bahru dan Kota Kinabalu, boleh didapati dengan tambang tetap pada RM388 sehala*. Tempahan boleh dibuat bermula hari ini sehingga 5 April 2025 di airasia.com dan aplikasi AirAsia MOVE.

Selain lebih 90 penerbangan lewat malam pada tambang tetap bagi 10 laluan antara Semenanjung Malaysia dan Sabah/Sarawak, AirAsia juga mengendalikan 287 penerbangan mingguan dengan tambang semasa ke Sabah, Sarawak, dan Labuan bagi menyokong inisiatif kerajaan sepanjang musim perayaan ini.
Para tetamu yang akan membuat perjalanan pada musim perayaan ini digalakkan untuk mendaftar masuk kendiri menggunakan aplikasi AirAsia MOVE, yang tersedia seawal 14 hari sebelum tarikh penerbangan dan menggunakan pas masuk elektronik untuk menaiki pesawat. Para tetamu juga disarankan untuk tiba sekurang-kurangnya tiga jam sebelum waktu perlepasan yang dijadualkan bagi memastikan semua urusan perjalanan berjalan lancar semasa tempoh puncak ini.
*Promosi tambang tetap yang dinyatakan adalah untuk perjalanan sehala, termasuk caj perkhidmatan penumpang, surcaj bahan api, dan fi lain yang berkaitan. Sah untuk penerbangan terpilih sahaja. Tertakluk kepada terma & syarat.
**Penerbangan dengan tambang asas kurang daripada RM499 akan dijual pada tambang semasa. Tambang tidak boleh dikembalikan dan tertakluk kepada terma dan syarat lain. Subsidi kerajaan untuk pembelian tiket kelas ekonomi sehala melebihi RM499 dari Semenanjung Malaysia ke Sabah, Sarawak, dan Labuan adalah sah empat hari sebelum Hari Raya.
