[VIDEO] Tak Payah Parking Mall! Ini 5 Tempat Letak Kereta Murah & Selamat Di Sekitar KLCC
Bila pergi KLCC, masalah paling biasa—parking mahal dan penuh! Tapi jangan risau, ada banyak tempat letak kereta di sekitar KLCC yang lebih murah, selamat, dan tak pening kepala. Nah, ini 5 lokasi yang boleh anda cuba!
1. Open Air Parking Sebelah ExxonMobil Tower
Kalau nak ke KLCC atau Plenary Hall, parkir di sini memang berbaloi. Terletak di sebelah ExxonMobil Tower, tempat ini hanya RM4 sejam, dan RM3 untuk jam seterusnya. Jalan kaki ke KLCC lebih kurang 5 minit je, tak jauh pun! Plus, tak perlu bersesak dalam basement mall.
@shafismail Tips parking untuk KLCC park. Ikut jalan belakang ada open air parking sebelah ExxonMobil Tower. #tips #parking #klccpark
2. OSK Property (Dekat LRT Ampang Park)
Pilihan best kalau anda datang hujung minggu sebab hanya RM5 per entri! Tapi kena bersedia untuk jalan kaki agak jauh sikit. Kalau malas nak jalan, boleh naik LRT dari Stesen Ampang Park, satu stesen je terus sampai KLCC. Mudah, kan?
@tyrrerr RM5 per entry on weekends 😱
♬ You know you bad when you can pose from any angle – nickis_barb4
3. Menara Ilham
Ni untuk kaki shopping yang suka keluar malam! Parking di sini cuma RM5 per entri selepas 6 PM, hujung minggu, dan cuti umum. Murah gila kalau banding dengan dalam KLCC. Plus, lokasinya strategik, jalan kaki pun tak jauh sangat.
@ilhamtower Discover KL’s hidden gem: Parking only RM 5.00 per entry after 6 PM, weekends, & public holidays!@ILHAM Gallery @keepitsōfte #parking #klcc
4. Avenue K Mall
Nak parking yang dekat dan ada akses terus ke KLCC? Avenue K boleh jadi pilihan. Harga agak berpatutan dengan kadar RM5 untuk 3 jam pertama pada hujung minggu. Dari sini, cuma perlu guna laluan bawah tanah yang selesa untuk sampai ke KLCC.
5. Wisma Central

Kalau nak cari parking yang harga lebih kurang macam dalam KLCC tapi kurang sesak, Wisma Central adalah pilihan bijak. Lokasinya betul-betul sebelah KLCC dan harga lebih rendah berbanding dalam mall. RM4 untuk sejam dan RM3 untukjam seterusnya.
Jadi, lepas ni tak perlu stress cari parking dalam KLCC yang penuh dan mahal. Pilih mana yang sesuai dengan bajet dan keselesaan anda. Happy shopping!
