June 10, 2026

Nak Cari Hadiah Sempena Raya? Ini Antara Paling Menarik di IKEA Bawah RM50!

Screenshot 2025-02-20 at 1.40.15 AM

Raya makin dekat, dan kalau anda masih tercari-cari hadiah bajet tapi tetap bergaya, IKEA ada banyak pilihan menarik! Tak perlu habiskan duit beratus-ratus, sebab dengan bajet bawah RM50 pun, anda boleh dapatkan hadiah yang praktikal dan cantik untuk keluarga atau sahabat. Jom kita semak beberapa pilihan best!

1. Lilin Wangi STÖRTSKÖN (RM49)

Nak bagi rumah penerima hadiah bau wangi dan cozy? Lilin wangi dari siri STÖRTSKÖN ni memang pilihan tepat! Datang dalam pelbagai aroma seperti berries, leafy greens dan violets ia boleh menceriakan suasana rumah sepanjang musim raya.

2. Balang Kaca KORKEN (RM8 setiap satu)

Balang kaca ni bukan sahaja nampak aesthetic, tapi juga berguna untuk simpan kuih raya, biskut homemade atau bahan dapur. Dengan penutup kedap udara, makanan kekal segar lebih lama. Memang sesuai sebagai hadiah minimalis yang praktikal! Belilah 5 set, baru nampak cantik.

3. Gelas berwarna PAPPERSBJÖRK (RM45 untuk 4 unit cawan)

Untuk peminat gelas menarik, set gelas ni memang hadiah yang sempurna. Rekaannya comel dan warna warni, sesuai untuk digunakan waktu santai bersama keluarga.

4. Bakul Anyaman RISATORP (RM29)

Nak hadiah yang boleh digunakan dalam pelbagai cara? Bakul anyaman ni boleh dijadikan tempat simpan roti, buah-buahan atau pun barang-barang kecil di rumah. Nampak klasik dan sesuai dengan tema dekorasi moden.

5. Bekas Lilin BORRBY (RM49)

Untuk mereka yang suka deko rumah, bekas lilin sangat sesuai diletakkan di ruang kecil di rumah anda sempena raya. Sangat estetik dan nostalgik.

Tak perlu belanja besar untuk beri hadiah raya yang bermakna! Dengan bajet bawah RM50, banyak pilihan menarik di IKEA yang boleh anda pertimbangkan. Selain nampak bergaya, ia juga praktikal dan pasti menggembirakan penerima. Jadi, dah tahu nak beli yang mana?

Selamat ber-shopping dan Selamat Hari Raya! 🎉