Bulan Bintang menyambut ulang tahun ke-10 dengan pertunjukan fesyen eksklusif bertemakan Sedekad Menyinar pada 2 Februari 2025 di KL Convention Centre. Acara ini memperkenalkan koleksi Raya Ready-to-Wear (RTW) untuk seisi keluarga dengan lebih 70 pilihan warna dan tiga jenis potongan Baju Melayu baharu: Slim Fit, Tailored Fit, dan Traditional Fit.
Sebagai jenama inklusif, Bulan Bintang menawarkan saiz sehingga 8XL, koleksi pakaian wanita, kanak-kanak, serta kurta yang lebih selesa dengan kain berkualiti tinggi.
Selebriti & Duta Eksklusif

Kesemua koleksi ini diperagakan oleh barisan selebriti-selebriti popular seperti Datuk Rosyam Nor, Datuk Remy Ishak, Shukri Yahaya, Hannah Delisha dan ramai lagi. Duta jenama seperti Zahiril Adzim, Ain Edruce, Datoβ Jalaluddin Hassan turut hadir ke acara tersebut. Selain itu, Bulan Bintang turut menampilkan persembahan khas dari Datuk Jamal Abdillah, Bunkface dan pertandingan Bulan Bintang Next Top Model untuk peserta berusia 40 hingga 70 tahun, dengan hadiah utama sebanyak RM10,000!
Hadiah Eksklusif Bernilai RM10 Juta!

Sebagai penghargaan kepada pelanggan setia, Bulan Bintang menawarkan hadiah lumayan hasil kolaborasi dengan jenama-jenama terkenal seperti:
- Β 1kg Jongkong Emas (GB Gold)
- Tiket penerbangan untuk setahun (AirAsia)
- RM150,000 duit raya (Hausboom)
- Pakej haji & umrah (Tabung Haji & Kahf)
- 120,000 baucar minuman (Tealive)
- Hadiah menarik dari Tudung Ruffle, Russell Taylors, Mutu Case & Mokkys Pizza
Dapatkan Koleksi Sedekad Menyinar
Bulan Bintang menyasarkan jualan 1.5 juta helai pakaian dan koleksi ini boleh didapati di 15 butik rasmi atau TikTok Shop dengan penghantaran oleh Ninjavan.
π Untuk pembelian dan info lanjut boleh didapati di Website, Instagram dan TikTok Bulan Bintang

5 Taman Pilihan di Kuala Lumpur Untuk Jogging dan Latihan Larian
ERL Tawar Diskaun 50% Tiket KLIA Transit ke Putrajaya Sempena Hari Kebangsaan 2026
Astro Raikan Ulang Tahun ke-30 dengan Akses Percuma Semua Saluran kepada Pelanggan
Jualan 8.8 Merdeka realme: Penjimatan Sehingga 50% di Shopee, Lazada dan TikTok Shop
Rapid KL Lanjutkan Perkhidmatan Percuma LRT Laluan Shah Alam Sehingga 14 Ogos
Pengguna SPayLater Boleh Menikmati Promosi Beli 1 Percuma 1 Tiket Wayang di GSC