AirAsia MOVE, aplikasi tempahan perjalanan terbaik Asia, mengalu-alukan Cambodia Airways sebagai rakan kongsi syarikat penerbangan terbarunya dalam menyediakan pilihan yang lebih baik untuk lebih 15 juta penggunanya untuk merasai kepelbagaian budaya dan keajaiban alam yang menakjubkan di Kemboja.
Kerjasama antara AirAsia MOVE dan Cambodia Airways telah dimeterai dalam satu majlis menandatangani perjanjian antara Yeoh Sai Ho, Ketua OTA Penerbangan di AirAsia MOVE dan Vincy Ziqiao Liu, Pengurus Jualan Searantaul, Cambodia Airways di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Selaras dengan perkongsian ini, AirAsia MOVE and Cambodia Airways menawarkan potongan harga ekslusif sebanyak 20%, bermula RM90, untuk penerbangan sehala antara Kuala Lumpur dan Cambodia dengan menggunakan kod promo MOVECAMBODIA.
Tawaran khas ini tersedia bermula daripada sekarang sehingga 24 Disember 2024. Jangan lepaskan peluang untuk menerokai destinasi baharu pada harga tiada tandingan!
Ikuti perkembangan terkini daripada AirAsia MOVE dengan mengikuti @airasiamove di Instagram & TikTok atau @airasia di X untuk mendapatkan kemas kini terkini. Untuk pengalaman yang lancar dan dipertingkatkan, muat turun AirAsia MOVE anda dari Apple App Store, Google Play Store and Huawei App Gallery.

YouTuber Malaysia Changyong Dilantik Duta Pelancongan Tainan 2026, Perkenal Tarikan Tempatan Kepada Rakyat Malaysia
Jangan Terburu-Buru Beli Kereta, Semak 6 Perkara Ini Sebelum Membuat Keputusan
Siri REDMI Note 17 Rasmi di Malaysia, Diterajui Note 17 Pro Max 5G dengan Bateri 10,000mAh
5 Taman Pilihan di Kuala Lumpur Untuk Jogging dan Latihan Larian
ERL Tawar Diskaun 50% Tiket KLIA Transit ke Putrajaya Sempena Hari Kebangsaan 2026
Astro Raikan Ulang Tahun ke-30 dengan Akses Percuma Semua Saluran kepada Pelanggan