Yes 5G Melancarkan Kempen Terpaling-KAW – 999GB dengan hanya RM1!
Yes 5G teruja untuk memperkenalkan tawaran paling menarik pada musim perayaan yang akan datang! Kempen KAWKAWKAW menawarkan 999GB data dengan hanya RM1 kepada rakyat Malaysia, dengan akses terpaling-KAW untuk menikmati kelajuan tanpa had untuk permainan dalam talian, penciptaan kandungan, berkerja dan berhibur.
Tersedia dari 5 November 2024 hingga 5 Februari 2025, rakyat Malaysia kini boleh menikmati ketersambungan tanpa henti, hiburan yang berpanjangan, dan produktiviti yang optimum.
Kempen KAWKAWKAW ialah peluang terbaik untuk kekal berhubung dan berkongsi kegembiraan dengan keluarga dan rakan-rakan. Kempen KAWKAWKAW bukan sekadar pelan data, tetapi ia adalah aspirasi “5G untuk Semua” yang bertujuan untuk memperkasakan rakyat Malaysia dengan akses mampu milik kepada rangkaian 5G tanpa batasan pada nilai yang luar biasa.
Yes 5G menjadikannya lebih mudah berbanding sebelum ini bagi pengguna menikmati rangkaian 5G terbaik untuk menjadi lebih produktif, mengeratkan hubungan bersama keluarga dan rakan serta berhibur sepanjang musim perayaan yang akan datang.
Kelayakan untuk Kempen KAWKAWKAW Yes 5G
Pelanggan yang berminat boleh mendaftar dengan mana-mana pelan pascabayar atau prabayar Yes 5G yang layak dan hanya menambah RM1 untuk mengakses 999GB data dengan kelajuan tanpa batasan. Kini, anda boleh berkongsi hotspot dengan keluarga dan rakan!
Pascabayar:
- Pendaftaran baharu dengan pelan RM20 dan ke atas
- Pelanggan sedia ada yang mempunyai akaun aktif (tidak disekat atau digantung) dengan pelan berulang bulanan minimum RM20 dan ke atas.
Prabayar:
- Pendaftaran baharu dengan pelan RM20 dan ke atas
- Pelanggan sedia ada yang mempunyai akaun aktif dan add-on minimum RM20 dan ke atas
Kempen Yes 5G ini memberi peluang keemasan kepada rakyat Malaysia untuk menikmati rangkaian 5G tanpa batasan, memastikan akses Internet tanpa batasan merentas semua aktiviti, daripada permainan dalam talian kepada penstriman dan seterusnya.
Untuk maklumat lanjut, lawati laman sesawang Yes 5G atau ikuti Yes 5G di Instagram atau Facebook
