Jimat! Tips Cara Termurah Untuk Ke KLIA Dari KL
Anda sedang mencari cara untuk jimat untuk ke KLIA dari KL Sentral? Jangan risau! Kami ada solusi untuk masalah anda. Berikut adalah pilihan terbaik untuk menjimatkan duit anda dengan menggunakan gabungan tren. Dalam artikel ini, kami akan membantu anda untuk sampai ke KLIA dengan mudah dan jimat.
Pilihan Perjalanan: Gabungan Tren MRT & KLIA Express
Untuk perjalanan yang murah dan tidak memakan masa lama, anda boleh menggunakan kombinasi tren ke Putrajaya Sentral dan sambung terus ke KLIA dengan tren KLIA Express. Ini adalah cara paling bijak untuk mengelakkan bayaran yang lebih tinggi tetapi masih sampai dengan cepat.
Langkah 1: Naik Tren dari KL Sentral ke Putrajaya

Dari KL Sentral anda boleh naiki MRT laluan Kajang dan turun di MRT TRX Exchange untuk tukar tren MRT laluan Putrajaya yang menghubungkan ke Putrajaya Sentral.
- Kos: Tambang tren dari KL Sentral ke Putrajaya Sentral ialah RM5.40.
- Masa Perjalanan: Sekitar 1jam 26 minit.
- Di Mana: Tiket tren boleh dibeli di stesen atau dalam talian melalui laman web rasmi.
Langkah 2: Naik Train KLIA Express dari Putrajaya Sentral ke KLIA
Setelah tiba di Putrajaya Sentral, teruskan perjalanan dengan bas ke KLIA.
- Kos: Tambang Tren sekitar RM14.
- Masa Perjalanan: Sekitar 22 minit ke KLIA.
- Di Mana: Stesen di Putrajaya Sentral, ikut papan tanda arah. Tiket boleh dibeli di kaunter atau secara dalam talian.

Jumlah Kos & Masa Perjalanan
- Jumlah Kos: Sekitar RM19.40 (RM14 untuk KLIA Express + RM5.40 untuk tren MRT).
- Jumlah Masa Perjalanan: 1jam 48 minit, bergantung pada jadual tren.
Kenapa Cara Ini Paling Jimat
Jika dibandingkan dengan pilihan seperti KLIA Ekspres yang terus ke KLIA, cara ini jauh lebih murah. Walaupun KLIA Ekspres lebih cepat, harganya adalah RM55. Dengan menggunakan kombinasi tren ini, anda boleh menjimatkan sehingga RM36; namun, ia mungkin tidak seefisien dari segi masa. Pilihan ini sangat sesuai untuk mereka yang ingin menjimatkan kos tanpa keberatan meluangkan sedikit masa tambahan untuk sampai ke destinasi.
Pilihan Alternatif
Jika anda tidak kisah mengambil masa yang lebih lama atau melakukan perjalanan pada waktu yang kurang sibuk, anda juga boleh mempertimbangkan:
- Bas terus ke KLIA: Kos RM10-15 mengambil masa lebih kurang 1 jam lebih namun alternatif ini bergantung pada trafik.
- E-Hailing: Jika anda berkumpulan, berkongsi tambang e-hailing boleh mengurangkan kos kepada sekitar RM20-30 seorang, bergantung pada keadaan trafik.
Untuk anda yang ingin menjimatkan masa dan wang dari KL Sentral ke KLIA, kombinasi tren adalah pilihan terbaik. Dengan jumlah kos sekitar RM19.40 dan masa perjalanan kurang dari dua jam, cara ini memastikan anda dapat sampai ke KLIA dengan bajet yang rendah dan selesa.
