Dengan prestasi Ringgit yang semakin kukuh, F.O.S kini mengambil inisiatif untuk berkongsi manfaat secara langsung dengan para pelanggan mereka. Syarikat fesyen terkenal ini telah melancarkan Promosi Penurunan Harga F.O.S, menjadikan mereka jenama pertama di Malaysia yang menawarkan harga runtuh bagi sebahagian produk mereka, seiring dengan peningkatan nilai mata wang negara.

Melalui Promosi Penurunan Harga, F.O.S menawarkan diskaun hebat bagi koleksi pakaian kanak-kanak dan Navy & Navy Basic mereka. Tawaran RM 59 untuk 3 helai koleksi Navy & Navy Basic dan RM 55 untuk 3 helai pakaian kanak-kanak kini dikurangkan kepada hanya RM 49 untuk 3 helai. Jika dibandingkan dengan pembelian sehelai pada harga RM 23, penjimatan sehingga RM 20 boleh dinikmati sekiranya pelanggan membeli 3 helai sekaligus.



Jadi, inilah masa terbaik untuk anda memperbaharui koleksi di almari tanpa perlu memikirkan tentang bajet. Sama ada anda ingin mencari pakaian bergaya untuk si kecil atau koleksi baharu untuk diri sendiri, promosi penurunan harga ini memastikan anda mendapatkan nilai yang lebih untuk setiap wang yang dibelanjakan.
Jangan lepaskan peluang ini—kunjungi cawangan F.O.S terdekat atau layari www.fos.com.my untuk maklumat lanjut sekarang.

Jangan Terburu-Buru Beli Kereta, Semak 6 Perkara Ini Sebelum Membuat Keputusan
Siri REDMI Note 17 Rasmi di Malaysia, Diterajui Note 17 Pro Max 5G dengan Bateri 10,000mAh
Bila Waktu Terbaik Untuk Tukar Telefon? Ini Perkara Yang Perlu Anda Pertimbangkan
5 Taman Pilihan di Kuala Lumpur Untuk Jogging dan Latihan Larian
ERL Tawar Diskaun 50% Tiket KLIA Transit ke Putrajaya Sempena Hari Kebangsaan 2026
Astro Raikan Ulang Tahun ke-30 dengan Akses Percuma Semua Saluran kepada Pelanggan