HONOR Malaysia Meraikan Merdeka Ke-67 dengan Hadiah Menarik Berjumlah RM67 Juta
Bersempena sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-67, HONOR mengumumkan hadiah menarik berjumlah RM67 juta untuk peranti-peranti terpilih termasuklah Siri HONOR 200 yang baru dilancarkan. Bermula pada 26 Ogos hingga 30 September 2024, kempen ‘HONOR-ed to be Malaysian’ memberikan peluang kepada orang ramai untuk memiliki telefon pintar popular HONOR di pasaran dengan diskaun sehingga RM1,300.
Barisan peranti yang tersedia untuk kempen Merdeka ini termasuklah HONOR Magic6 Pro, HONOR X9b dan HONOR X6b yang baharu. Kempen ini akan berjalan di semua HONOR Experience Store di seluruh negara dan kedai atas talian HONOR Malaysia.
Nikmati Hadiah Percuma dengan Jumlah Keseluruhan Sehingga RM1,885

Bagi setiap pembelian telefon pintar dan tablet HONOR sepanjang tempoh promosi ini akan mendapat hadiah percuma dengan jumlah keseluruhan bernilai sehingga ke RM1,885. Ini termasuk hadiah percuma tambahan sempena Merdeka seperti pemegang telefon, beg tote dan jag thermal. Berikut adalah senarai peranti dalam promosi:

Siri HONOR 200

Semasa kempen ‘HONOR-ed to be Malaysian’ ini, pembelian untuk peranti HONOR 200 Pro atau HONOR 200 membolehkan pembeli mendapat hadiah percuma bernilai RM1,027, termasuk HONOR Earbuds X6 dan Penggantian Retak Depan & Belakang 365 Hari. Siri HONOR 200 dilengkapi dengan Kamera Utama 50MP, dengan model Pro menampilkan Sensor Kamera Utama H9000 1/1.3 inci, manakala model standard mempunyai sensor Sony IMX906. Selain itu, kedua-dua model HONOR 200 ini dilengkapi Kamera Telefoto 50MP dengan sensor Sony IMX856 dan teknologi anti-goyang Dual OIS (OIS+EIS).
HONOR Magic6 Pro


Untuk peranti HONOR Magic6 Pro pula, ianya didatangkan bersama hadiah percuma bernilai RM1,885 termasuk jam tangan pintar HONOR Choice Haylou Watch, HONOR Earbuds X6, Penggantian Retak Depan & Belakang 365 Hari dan Lanjutan Waranti 1 Tahun. Peranti flagship ini dilengkapi dengan Kamera Tele-falcon 180MP yang berkuasa, Kamera Utama Super Dynamic Falcon 50MP dan Kamera Ultra-lebar 50MP. Ianya dikuasakan oleh bateri Karbon-Silikon Generasi Kedua 5600mAh dan menyokong pengecasan berwayar 80W HONOR Wired SuperCharge.
HONOR X9b 5G

Pembeli boleh membawa pulang hadiah percuma dengan jumlah keseluruhan bernilai RM838 apabila mereka membeli HONOR X9b5G. Ini termasuk HONOR Choice Earbuds X5 dan Penggantian Retak Depan & Belakang 365 Hari. HONOR X9b 5G menampilkan skrin kalis jatuh peneraju industri yang direka untuk tahan daripada jatuhan dari segenap sudut, selain dikuasakan oleh Bateri Jangka Hayat Lama Ultra 5800mAh yang besar.
HONOR X6b 4G
HONOR X6b merupakan peranti terbaharu dalam Siri X dan menawarkan hadiah percuma bernilai RM59 sepanjang kempen ini. Telefon ini mempunyai 12GB RAM, penstoran 256GB, bateri 5200mAh dengan pengecasan berwayar 35W, dan Kamera Ultra-jelas AI 50MP untuk menangkap gambar dengan lebih cantik.
Untuk maklumat lanjut mengenai kempen ‘HONOR-ed to be Malaysian’, ikuti laman rasmi Facebook dan laman sesawang HONOR Malaysia di https://www.honor.com/my/
