Scoot kini mengumumkan laluan baru dari Lapangan Terbang Changi, Singapura ke Melaka dengan harga serendah RM81 sehala. Kini anda boleh melancong pada hujung minggu ke Singapura lebih cepat dan murah. Penerbangan pertama dijadualkan adalah seperti berikut.
Tarikh Pelancaran Penerbangan Baru:
- Melaka: Bermula 23 Oktober 2024
- Subang: Bermula 1 September 2024

Penerbangan dari Melaka ke Singapura adalah yang tersingkat, hanya mengambil masa 55 minit sahaja dan akan beroperasi 5 kali seminggu. Ini menjadikannya pilihan yang ideal bagi mereka yang mencari perjalanan cepat dan mudah untuk bersiar-siar di Singapura.
Bagi mereka yang merancang perjalanan dari Kuala Lumpur, Scoot juga memperkenalkan laluan baru ke Subang yang lebih dekat dengan pusat bandar. Laluan ini membantu menjimatkan masa perjalanan, menjadikannya alternatif yang lebih baik berbanding perlu ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Dengan penambahan laluan baru ini, perjalanan dari Melaka ke Singapura kini lebih mudah dan cepat, membolehkan anda merancang percutian dengan lebih baik dan efisien.
Untuk tempahan dan maklumat lanjut, anda boleh melawat laman website Scoot Airlines. Jangan lepaskan peluang ini untuk mendapatkan harga terbaik dan menikmati perjalanan yang jimat ke Singapura!

Laluan Baharu ICQS Bukit Kayu Hitam Mula Operasi, Perjalanan Ke Hatyai Kini Lebih Lancar
Selangor Travel Fair 2026: Promosi Pakej Percutian, Tiket Tarikan Dan Pelbagai Aktiviti Menarik
U Mobile Perkenal ULTRA Tourist Plan, Gabungkan 100GB Data Bersama Grab Travel Pass Pada Harga RM15
Tiket Flight Mulai RM77! Traveloka Lancar 7.7 Epic Sale Serbu Hotel 5-Star Separuh Harga
Pasport Malaysia Baharu Dengan 94 Ciri Keselamatan Boleh Dimohon Mulai 1 Julai
Festival Jom Malaysia x Pesta Kita KL Meriahkan Pasar Seni Dengan Jualan Produk Tempatan Dan Konsert Percuma