April 21, 2026

Sambutan Hari Jadi Ke-2 TikTok Shop: Tawaran Berjumlah RM6 juta Untuk Direbut

TikTok Shop Birthday Fiesta 6.6_3

TikTok Shop menyemarakkan sambutan hari jadi keduanya dengan satu siri acara dalam dan luar talian bagi menyokong komuniti penjual, serta menzahirkan penghargaan terhadap para pengguna yang telah menjadikan
TikTok Shop sebagai platform ‘shoppertainment’ kegemaran mereka.

Sambutan itu akan bermula secara rasmi dari 3 hingga 7 Jun 2024, di mana penjual boleh menikmati pelbagai tawaran, diskaun dan hadiah hebat. Ini termasuk penghantaran percuma tanpa perbelanjaan minimum, tawaran berjumlah RM6 juta untuk direbut, dan peluang memenangi salah satu daripada enam hadiah harian apabila pembeli menyertai cabaran tanda pagar 6.6 (#TikTokShop66FiestaHariJadi).

Sesi penstriman istimewa

Dengan berpegang teguh kepada konsep ‘shoppertainment’ yang menyeronokkan, TikTok Shop akan strim ‘TikTok Shop 6.6 Fiesta Hari Jadi’ secara langsung pada 5 Jun (Rabu) dari jam 9 malam hingga 11 malam di TikTokShop_MY dan saluran YouTube TV3.

Berikut adalah aktiviti-aktiviti menarik yang boleh dinantikan oleh para tetamu:

  • Pengalaman penstriman langsung: Kunjungi bilik penstriman kami yang interaktif bagi mengalami penstriman konten beli-belah yang popular di TikTok Shop, serta semua persiapan dan kerja di belakang tabir. Tonton demonstrasi produk siaran langsung, sertai sesi soal jawab, dan dapatkan tip untuk memanfaatkan sesi penstriman langsung anda sepenuhnya daripada pencipta konten dan penjual yang terbaik.
  • Aktiviti-aktiviti Menyeronokkan: Daripada permainan sehingga ke peraduan yang mengujakan, pasti ada sesuatu yang sesuai untuk anda semua!
  • Baucar dan Barangan Eksklusif: Pastikan anda hadir untuk merebut baucar dan barangan eksklusif yang tersedia secara eksklusif di acara fizikal kami!

Pelbagai jenama tempatan dan antarabangsa seperti Armila, Cosrx, Zucca, Sawanah Koko, Skintific dan sebagainya turut mengambil bahagian dalam sambutan hari jadi ini.

TikTok Shop sangat teruja untuk kongsi semua ganjaran ini sebagai penghargaan kepada anda kerana menjadi sebahagian daripada komuniti TikTok Shop kami. Jom nikmati sambutan hari jadi kedua TikTok Shop, dan alamilah dunia beli-belah dan hiburan yang paling hebat! Jumpa anda di sana!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *