Peminat sukan pickleball pasti teruja dengan pelancaran charm Edisi Pickleball yang baharu daripada Touch ‘n Go. Charm ini menampilkan rekaan mini pemukul pickleball dengan dua pilihan warna: merah jambu dan hijau.
Charm ini dijual pada harga RM30 setiap satu dan boleh dibeli melalui platform rasmi Shopee Touch ‘n Go serta di kedai dalam talian rasminya. Ia juga boleh didapati di hab fizikal TNG di Bangsar South dan Nu Sentral.

Charm TNG boleh digunakan sama seperti Enhanced Touch ‘n Go Card. Pengguna boleh menambah nilai ke dalam charm dan menggunakannya untuk pelbagai pembayaran tanpa tunai seperti bayaran tol, caj parkir dan perkhidmatan pengangkutan awam termasuk terminal LRT dan MRT.
Pengguna juga boleh menyambungkan Pas My50 kepada Charm TNG sama seperti Enhanced Card. Berikut adalah panduan lengkap cara beli Pas My50 di TNG eWallet (2025).

Jangan Terburu-Buru Beli Kereta, Semak 6 Perkara Ini Sebelum Membuat Keputusan
Siri REDMI Note 17 Rasmi di Malaysia, Diterajui Note 17 Pro Max 5G dengan Bateri 10,000mAh
TNG eWallet Tambah FlexiCredit GXBank ke CashLoan dengan Had Kredit Sehingga RM150,000
TikTok Shop Kenakan SST 6% untuk Caj Penghantaran Penjual Bermula September
5 Taman Pilihan di Kuala Lumpur Untuk Jogging dan Latihan Larian
Fi Life Henti Jualan Polisi Insurans Baharu Mulai 26 Ogos 2026, Pemegang Polisi Sedia Ada Tidak Terjejas