Harga runcit RON97, RON95 dan diesel tanpa subsidi mencatatkan kenaikan minggu ini, didorong oleh ketidaktentuan geopolitik global yang terus memberi tekanan terhadap pasaran minyak mentah dunia. Konflik berpanjangan di Asia Barat serta perkembangan terbaharu dalam perang Rusia-Ukraine antara faktor yang meningkatkan kebimbangan terhadap kestabilan bekalan petroleum.
Menurut Kementerian Kewangan (MOF), bagi tempoh 20 hingga 26 Ogos 2026, harga RON97 tanpa subsidi di Semenanjung Malaysia meningkat sebanyak 10 sen seliter, RON95 tanpa subsidi naik 15 sen seliter, manakala diesel tanpa subsidi pula meningkat 20 sen seliter. Penetapan harga baharu ini dibuat berdasarkan formula Automatic Pricing Mechanism (APM).
Harga Runcit Petrol dan Diesel Bagi 20–26 Ogos 2026
Bagi tempoh 20 Ogos hingga 26 Ogos 2026, harga runcit bahan api tanpa subsidi ditetapkan seperti berikut:
- RON97: 🔺 RM4.25 seliter (naik 10 sen)
- RON95: 🔺 RM3.77 seliter (naik 15 sen)
- Diesel: 🔺 RM4.67 seliter (naik 20 sen)
Sementara itu, harga bahan api bersubsidi kekal seperti berikut:
- RON95 Bersubsidi (BUDI95): ➡️ RM1.99 seliter
- Petrol Bersubsidi (SKPS): ➡️ RM2.05 seliter
- Diesel Bersubsidi (SKDS): ➡️ RM2.15 seliter
- Diesel Bersubsidi (BUDI Diesel): ➡️ RM2.10 seliter
172 Hari Konflik Asia Barat, Serangan Baharu Rusia-Ukraine Tambah Tekanan
Menurut Kementerian Kewangan, ketidakstabilan geopolitik dunia yang berlarutan terus meningkatkan risiko terhadap harga dan bekalan minyak mentah dunia. Selepas 172 hari konflik antara Amerika Syarikat, Israel dan Iran, kekangan trafik di Selat Hormuz terus memberi kesan kepada bekalan minyak mentah dunia.
Sementara itu, konflik Rusia-Ukraine turut menambah tekanan terhadap bekalan petroleum dunia. Dalam tempoh pengiraan APM, Ukraine dilaporkan menyerang sebuah loji penapisan minyak di Rusia, yang merupakan pengeluar minyak ketiga terbesar dunia. MOF menjangkakan harga produk petroleum akan terus mengalami turun naik ketara selagi konflik di Asia Barat belum mencapai penyelesaian muktamad dan aliran petroleum melalui Selat Hormuz belum kembali normal.
Melalui sistem subsidi bersasar yang disediakan, Kerajaan MADANI terus melindungi pengguna yang layak daripada kenaikan harga pasaran. Bagi penerima BUDI95, kerajaan menanggung subsidi sebanyak RM1.78 seliter, manakala bagi penerima BUDI Diesel, subsidi yang ditanggung adalah sebanyak RM2.57 seliter. Pengguna yang layak boleh mendapatkan RON95 dan diesel pada harga bersubsidi melalui pengesahan MyKad, tertakluk kepada kelayakan serta baki kuota bulanan masing-masing.
Nak dapatkan maklumat promosi atau tips & tricks dengan lebih pantas? Ikuti Hrga.MY di kesemua platform media sosial rasmi kami di bawah! 👇🏻

Netflix Naikkan Harga Langganan di Malaysia, Kini RM19.90 hingga RM69.90 Sebulan
Harga Minyak 10–16 September 2026: RON97, RON95 dan Diesel Melonjak 25 Sen, Brent Cecah AS$97.31
BEST Express Malaysia Sokong Peniaga Tempatan dengan Penyelesaian Penghantaran Fleksibel
Jangan Terburu-Buru Beli Kereta, Semak 6 Perkara Ini Sebelum Membuat Keputusan
Harga Minyak 3–9 September 2026: RON97, RON95 dan Diesel Turun 5 Sen, Had BUDI Dinaikkan Ke 300 Liter
Permohonan Sukarelawan Formula 1 di Sepang Dibuka dengan 500 Kekosongan untuk Diisi