RapidKL memaklumkan bahawa sebahagian besar kerja-kerja baik pulih di Stesen Chan Sow Lin telah selesai. Bagaimanapun, tren Laluan Ampang masih beroperasi dalam mod operasi sementara seperti yang dilaksanakan sebelum ini, tanpa sebarang perubahan pada susunan perkhidmatan semasa. Perkhidmatan tren alternatif turut diteruskan bagi memastikan pergerakan penumpang di sepanjang laluan berkenaan berjalan lancar.
Situasi ini merupakan lanjutan daripada gangguan yang melanda Laluan Ampang/Sri Petaling sejak akhir Mei lalu, apabila sebuah tren tergelincir ketika melalui zon suis landasan berhampiran Stesen Chan Sow Lin. Insiden tersebut menyebabkan gangguan besar kepada perkhidmatan dan memaksa RapidKL mengendalikan laluan berkenaan secara berperingkat sementara kerja-kerja pembaikan dijalankan.

Gambar: RapidKL
Sepanjang tempoh mod operasi sementara ini, susunan perkhidmatan tren kekal seperti berikut:
- Tren dari Sentul Timur beroperasi seperti biasa ke Putra Heights dan sebaliknya, dengan kekerapan setiap 5 minit.
- Tren dari Ampang akan berpatah balik di Stesen Chan Sow Lin, juga pada kekerapan setiap 5 minit.
- Penumpang dari Sentul Timur yang ingin ke Ampang perlu membuat pertukaran di Stesen Chan Sow Lin, di Platform 1B dan 2B.
- Penumpang dari Ampang yang ingin ke Sentul Timur pula perlu membuat pertukaran di Stesen Chan Sow Lin, di Platform 1A.
Bagi memudahkan penumpang sepanjang tempoh mod operasi sementara ini, sebarang bantuan boleh diperoleh dengan merujuk kepada Pegawai Stesen atau Polis Bantuan yang bertugas di stesen berkenaan.
Gambar utama: KL Sentral
Nak dapatkan maklumat promosi atau tips & tricks dengan lebih pantas? Ikuti Hrga.MY di kesemua platform media sosial rasmi kami di bawah!

Netflix Naikkan Harga Langganan di Malaysia, Kini RM19.90 hingga RM69.90 Sebulan
Harga Minyak 10–16 September 2026: RON97, RON95 dan Diesel Melonjak 25 Sen, Brent Cecah AS$97.31
BEST Express Malaysia Sokong Peniaga Tempatan dengan Penyelesaian Penghantaran Fleksibel
Jangan Terburu-Buru Beli Kereta, Semak 6 Perkara Ini Sebelum Membuat Keputusan
Harga Minyak 3–9 September 2026: RON97, RON95 dan Diesel Turun 5 Sen, Had BUDI Dinaikkan Ke 300 Liter
Permohonan Sukarelawan Formula 1 di Sepang Dibuka dengan 500 Kekosongan untuk Diisi