Menu

Harga Minyak 30 Julai–5 Ogos 2026: RON97, RON95 Dan Diesel Tanpa Subsidi Naik 20 Sen

Alyaa 2 weeks ago

Harga runcit RON97, RON95 dan diesel tanpa subsidi terus meningkat untuk minggu kedua berturut-turut apabila harga minyak mentah Brent melonjak ke paras tertinggi dalam tempoh enam minggu susulan konflik berterusan antara Amerika Syarikat dan Iran.

Menerusi kenyataan Kementerian Kewangan (MOF), harga RON97, RON95 tanpa subsidi dan diesel tanpa subsidi di Semenanjung Malaysia masing-masing dinaikkan 20 sen seliter bagi tempoh 30 Julai hingga 5 Ogos 2026, berdasarkan formula Automatic Pricing Mechanism (APM).

Harga Runcit Petrol Dan Diesel Bagi 30 Julai–5 Ogos 2026

Bagi tempoh 30 Julai hingga 5 Ogos 2026, harga runcit bahan api tanpa subsidi ditetapkan seperti berikut:

  • RON97: 🔺 RM4.40 seliter (naik 20 sen)
  • RON95: 🔺 RM3.82 seliter (naik 20 sen)
  • Diesel: 🔺 RM4.62 seliter (naik 20 sen)

Sementara itu, harga bahan api bersubsidi kekal seperti berikut:

  • RON95 Bersubsidi (BUDI95): ➡️ RM1.99 seliter
  • Petrol Bersubsidi (SKPS): ➡️ RM2.05 seliter
  • Diesel Bersubsidi (SKDS): ➡️ RM2.15 seliter
  • Diesel Bersubsidi (BUDI Diesel): ➡️ RM2.10 seliter

Brent Cecah AS$96 Setong, Simpanan Kecemasan Global Kian Menyusut

Menurut Kementerian Kewangan, kenaikan harga minggu ini didorong oleh pergerakan pasaran minyak dunia pada minggu terdahulu. Konflik berterusan antara Amerika Syarikat dan Iran telah mendorong harga minyak mentah Brent meningkat ke paras tertinggi dalam tempoh enam minggu, iaitu AS$96 setong.

Risiko terhadap laluan perdagangan utama, termasuk Selat Hormuz dan Laut Merah, turut meningkatkan kebimbangan terhadap gangguan bekalan petroleum global. Selagi konflik tersebut belum mencapai penyelesaian muktamad, MOF menjangkakan harga produk petroleum akan terus dibelenggu ketidaktentuan pasaran dunia.

Kerajaan MADANI menyeru rakyat agar terus mengamalkan penggunaan bahan api secara berhemat. Merancang perjalanan yang lebih cekap serta mengurangkan perjalanan yang tidak perlu dapat membantu mengurangkan tekanan terhadap bekalan negara dan perbelanjaan subsidi.


Nak dapatkan maklumat promosi atau tips & tricks dengan lebih pantas? Ikuti Hrga.MY di kesemua platform media sosial rasmi kami di bawah! 👇🏻

Facebook | Instagram | TikTok | X.com | Threads

– Advertisement –
Written By

– Advertisement –