Harga runcit RON97, RON95 dan diesel tanpa subsidi melonjak naik minggu ini selepas gencatan senjata antara Amerika Syarikat dan Iran tamat, mencetuskan kebimbangan baharu terhadap bekalan minyak global.
Menerusi kenyataan Kementerian Kewangan (MOF), harga RON97 dan RON95 tanpa subsidi di Semenanjung Malaysia masing-masing dinaikkan 20 sen seliter, manakala harga diesel tanpa subsidi dinaikkan 35 sen seliter bagi tempoh 23 Julai hingga 29 Julai 2026, berdasarkan formula Automatic Pricing Mechanism (APM).
Harga Runcit Petrol dan Diesel Bagi 23–29 Julai 2026
Bagi tempoh 23 Julai hingga 29 Julai 2026, harga runcit bahan api tanpa subsidi ditetapkan seperti berikut:
- RON97: 🔺 RM4.20 seliter (naik 20 sen)
- RON95: 🔺 RM3.62 seliter (naik 20 sen)
- Diesel: 🔺 RM4.42 seliter (naik 35 sen)
Sementara itu, harga bahan api bersubsidi kekal seperti berikut:
- RON95 Bersubsidi (BUDI95): ➡️ RM1.99 seliter
- Petrol Bersubsidi (SKPS): ➡️ RM2.05 seliter
- Diesel Bersubsidi (SKDS): ➡️ RM2.15 seliter
- Diesel Bersubsidi (BUDI Diesel): ➡️ RM2.10 seliter
Gencatan Senjata AS-Iran Tamat, Selat Hormuz Jadi Tumpuan
Menurut Kementerian Kewangan, kenaikan harga minggu ini didorong oleh pergerakan pasaran minyak dunia pada minggu terdahulu. Harga minyak mentah Brent meningkat sebanyak 16% sepanjang minggu lalu apabila konflik antara Amerika Syarikat dan Iran kembali memuncak selepas berakhirnya tempoh gencatan senjata.
Sekatan terhadap perkapalan serta pengurangan aliran kapal melalui Selat Hormuz turut meningkatkan kebimbangan terhadap gangguan bekalan petroleum global. Kenaikan harga minyak mentah ini juga didorong oleh paras inventori global yang semakin ketat serta ancaman gangguan terhadap penghantaran minyak dari Arab Saudi.
Walaupun bekalan bahan api negara kekal mencukupi buat masa ini, Kerajaan MADANI menyeru rakyat agar terus mengamalkan penggunaan bahan api secara berhemat menerusi perancangan perjalanan yang lebih cekap dan pengurangan perjalanan yang tidak perlu, bagi memanjangkan bekalan negara dan mengurangkan tekanan terhadap perbelanjaan subsidi.
Nak dapatkan maklumat promosi atau tips & tricks dengan lebih pantas? Ikuti Hrga.MY di kesemua platform media sosial rasmi kami di bawah! 👇🏻

Netflix Naikkan Harga Langganan di Malaysia, Kini RM19.90 hingga RM69.90 Sebulan
Harga Minyak 10–16 September 2026: RON97, RON95 dan Diesel Melonjak 25 Sen, Brent Cecah AS$97.31
BEST Express Malaysia Sokong Peniaga Tempatan dengan Penyelesaian Penghantaran Fleksibel
Jangan Terburu-Buru Beli Kereta, Semak 6 Perkara Ini Sebelum Membuat Keputusan
Harga Minyak 3–9 September 2026: RON97, RON95 dan Diesel Turun 5 Sen, Had BUDI Dinaikkan Ke 300 Liter
Permohonan Sukarelawan Formula 1 di Sepang Dibuka dengan 500 Kekosongan untuk Diisi