Walaupun Argentina terpaksa akur kepada Sepanyol dalam perlawanan akhir Piala Dunia FIFA 2026, ZUS Coffee Malaysia tetap mahu menghargai semangat penyokong La Albiceleste dengan tawaran istimewa.
ZUS Coffee mengumumkan promosi Beli 1 Percuma 1 bagi minuman terpilih pada 20 Julai 2026, khusus untuk pelanggan yang hadir dengan memakai jersi Argentina atau jersi ZUS Coffee.
Cara untuk menuntut tawaran ini cukup mudah. Pelanggan hanya perlu hadir secara walk-in ke mana-mana cawangan ZUS Coffee dengan memakai jersi Argentina atau jersi ZUS Coffee. Pengesahan kelayakan tertakluk kepada budi bicara barista yang bertugas, manakala setiap pelanggan hanya dibenarkan membuat satu penebusan.
Minuman yang layak untuk tawaran Beli 1 Percuma 1 ini ialah:
- CEO Latté (Hot/Iced)
- Spanish Latté (Hot/Iced)
- Americano (Hot/Iced)
Namun, promosi ini hanya sah untuk pembelian secara walk-in dan tidak tersedia melalui aplikasi ZUS Coffee, pesanan berjadual atau platform penghantaran pihak ketiga. Tawaran ini juga tidak boleh digabungkan dengan promosi lain, baucar, item berdiskaun atau pengumpulan cup count untuk menaik taraf keahlian ZUS Coffee Club. Cawangan ZUS Signature turut dikecualikan daripada promosi ini.
Promosi ini sah pada 20 Julai 2026 sahaja dan tertakluk kepada ketersediaan stok. Jadi, penyokong Argentina bolehlah menyarung jersi pasukan dan berkunjung ke cawangan ZUS Coffee berhampiran untuk menikmati tawaran tersebut.
Nak dapatkan maklumat promosi atau tips & tricks dengan lebih pantas? Ikuti Hrga.MY di kesemua platform media sosial rasmi kami di bawah!

Marrybrown Cheese Banjir: Nikmati 4 Tawaran Eksklusif Dengan Penjimatan Sehingga RM9
Auntie Anne’s Lancar Koleksi Plushie Pretzel Friends, Percuma Dengan Pembelian RM30 Melalui Aplikasi
7 K-Drama Terbaik 2026 Yang Patut Masuk Dalam Senarai Tontonan Anda Tahun Ini
The Manhattan Fish Market Kembali Dengan Menu Serendah RM9.90 – Sah Untuk Satu Hari Sahaja
Bil Telefon Khairul Aming Didakwa ‘Bocor’ Di Media Sosial – Maxis Kenal Pasti Individu Terlibat
MIXUE Anjur Festival Budaya Wau Terbesar Di Malaysia – Percuma Dan Terbuka Untuk Semua