Harga runcit RON95 dan diesel tanpa subsidi meningkat minggu ini selepas risiko geopolitik di Asia Barat kembali membebankan pasaran minyak dunia, manakala RON97 dikekalkan.
Menerusi kenyataan Kementerian Kewangan (MOF), harga RON95 tanpa subsidi di Semenanjung Malaysia dinaikkan 5 sen seliter dan diesel tanpa subsidi dinaikkan 10 sen seliter bagi tempoh 16 Julai hingga 22 Julai 2026, berdasarkan formula Automatic Pricing Mechanism (APM).
Harga Runcit Petrol dan Diesel Bagi 16–22 Julai 2026
Bagi tempoh 16 Julai hingga 22 Julai 2026, harga runcit bahan api tanpa subsidi ditetapkan seperti berikut:
- RON97: ➡️ RM4.00 seliter (tiada perubahan)
- RON95: 🔺 RM3.42 seliter (naik 5 sen)
- Diesel: 🔺 RM4.07 seliter (naik 10 sen)
Sementara itu, harga bahan api bersubsidi kekal seperti berikut:
- RON95 Bersubsidi (BUDI95): ➡️ RM1.99 seliter
- Petrol Bersubsidi (SKPS): ➡️ RM2.05 seliter
- Diesel Bersubsidi (SKDS): ➡️ RM2.15 seliter
- Diesel Bersubsidi (BUDI Diesel): ➡️ RM2.10 seliter
Serangan AS Ke Atas Iran Serta Kebimbangan Terhadap Selat Hormuz Dorong Kenaikan
Menurut Kementerian Kewangan, kenaikan harga minggu ini dipengaruhi oleh pergerakan pasaran minyak dunia pada minggu terdahulu. Serangan baharu Amerika Syarikat ke atas Iran serta kebimbangan terhadap keselamatan laluan perdagangan di Selat Hormuz telah meningkatkan semula premium risiko minyak mentah dan kos penghantaran.
Harga minyak mentah Brent dilaporkan mencecah AS$85 setong, meningkat sekitar 20% dalam tempoh dua minggu. Selagi konflik ini belum mencapai penyelesaian muktamad, MOF menjangkakan harga produk petroleum akan terus dibelenggu oleh ketidaktentuan pasaran global.
Melalui program BUDI MADANI RON95 (BUDI95) dan BUDI MADANI Diesel (BUDI Diesel), rakyat Malaysia yang layak boleh terus membeli RON95 dan diesel bersubsidi menggunakan pengesahan MyKad, tertakluk kepada kelayakan dan baki kelayakan bulanan masing-masing.
Nak dapatkan maklumat promosi atau tips & tricks dengan lebih pantas? Ikuti Hrga.MY di kesemua platform media sosial rasmi kami di bawah!

Netflix Naikkan Harga Langganan di Malaysia, Kini RM19.90 hingga RM69.90 Sebulan
Harga Minyak 10–16 September 2026: RON97, RON95 dan Diesel Melonjak 25 Sen, Brent Cecah AS$97.31
BEST Express Malaysia Sokong Peniaga Tempatan dengan Penyelesaian Penghantaran Fleksibel
Jangan Terburu-Buru Beli Kereta, Semak 6 Perkara Ini Sebelum Membuat Keputusan
Harga Minyak 3–9 September 2026: RON97, RON95 dan Diesel Turun 5 Sen, Had BUDI Dinaikkan Ke 300 Liter
Permohonan Sukarelawan Formula 1 di Sepang Dibuka dengan 500 Kekosongan untuk Diisi