Kerajaan Malaysia mengumumkan penurunan harga diesel bersubsidi di seluruh negara kepada RM2.10 seliter, berkuat kuasa mulai Julai 2026. Pengumuman itu dibuat oleh Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ketika berucap pada Majlis Penyerahan Cek Penukaran Status Pelabuhan Bintulu di Menara Kidurong, Bintulu pada 21 Jun 2026.
Harga baharu ini turut melibatkan pengguna di Sabah dan Sarawak, sekali gus menyelaraskan harga diesel bersubsidi kepada kadar yang sama di seluruh negara.
Mulai Julai, semua rakyat Malaysia yang layak akan menikmati harga diesel seragam pada paras RM2.10 seliter, tanpa mengira lokasi.
Perbandingan harga adalah seperti berikut:
- Diesel bersubsidi (sebelum ini): RM2.15 seliter (Semenanjung, Sabah, Sarawak dan Labuan)
- Diesel tanpa subsidi (sebelum ini): RM4.37 seliter (Semenanjung)
- Diesel bersubsidi (mulai Julai 2026): RM2.10 seliter (seluruh Malaysia)
Pembaharuan ini dilaksanakan melalui sistem penyasaran subsidi berasaskan MyKad, menggunakan pendekatan yang sama seperti skim BUDI MADANI RON95 (BUDI95). Melalui mekanisme ini, subsidi diesel akan disalurkan terus kepada rakyat Malaysia yang layak melalui pengesahan MyKad, manakala bukan warganegara dan pihak yang tidak layak perlu membeli diesel pada harga tanpa subsidi.
Langkah ini bertujuan memastikan subsidi sampai kepada golongan sasar, di samping mengurangkan ketirisan serta membendung aktiviti penyeludupan bahan api, khususnya di kawasan sempadan.
Bagi pemilik kenderaan diesel di Sabah dan Sarawak, pembaharuan ini membawa dua perubahan utama. Pertama, harga runcit diesel akan turun daripada RM2.15 kepada RM2.10 seliter. Kedua, mekanisme penyaluran subsidi akan diselaraskan dengan sistem yang digunakan di Semenanjung Malaysia, sekali gus memastikan bukan warganegara tidak lagi layak menikmati subsidi tersebut.
Kementerian Kewangan memaklumkan bahawa butiran lanjut mengenai pelaksanaan pembaharuan penyasaran subsidi diesel ini akan diumumkan oleh Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan pada 22 Jun 2026.
Nak dapatkan maklumat promosi atau tips & tricks dengan lebih pantas? Ikuti Hrga.MY di kesemua platform media sosial rasmi kami di bawah!

Netflix Naikkan Harga Langganan di Malaysia, Kini RM19.90 hingga RM69.90 Sebulan
Harga Minyak 10–16 September 2026: RON97, RON95 dan Diesel Melonjak 25 Sen, Brent Cecah AS$97.31
BEST Express Malaysia Sokong Peniaga Tempatan dengan Penyelesaian Penghantaran Fleksibel
Jangan Terburu-Buru Beli Kereta, Semak 6 Perkara Ini Sebelum Membuat Keputusan
Harga Minyak 3–9 September 2026: RON97, RON95 dan Diesel Turun 5 Sen, Had BUDI Dinaikkan Ke 300 Liter
Permohonan Sukarelawan Formula 1 di Sepang Dibuka dengan 500 Kekosongan untuk Diisi